Exabytes Cloud Hosting

snow effect

Saturday 3 March 2012

resepi : apam polka dot dot dot

Assalamualaikum..

cikbawang ketinggalan zaman sikit.. apam polka dot ni dah lama dah femes..tapi cikbawang baru tergerak nak mencuba..hee tak kesah lah kan asalkan boleh makan..

macam macam bentuk, rupa polka dot tu.. semua nye hasil tangan yang tak berseni adik cikbawang..



resepi nye

sumber/rujukan : jintan manis [mohon halal untuk kongsi resepi di sini]

3biji telur dari peti sejuk
275 tepung naik sendiri
100g gula
175ml santan
1 sudu kecil ovalette

*filling - ikut suka.. cikbawang guna blueberry [banyak stok blueberry..ekekekee]

cara-cara
1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. letakkan filling secukupnya
6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.



cikbawang gunakan papercup yang kecik sekali.. sekali ngap, sekali kunyah je dah abis..hee anggaran boleh dapat 50biji.. rezeki sedara sedara kecik yang datang rumah semalam.. Alhamdulillah sekejap je angkat dah abis..tak membazir langsung!

selamat mencuba!

thank you for reading..

No comments:

Post a Comment

orang bergosip