Exabytes Cloud Hosting

snow effect

Wednesday 27 July 2011

pulut duyan

Assalamualaikum..

kali ni nak post pasal duyan lagi..hohoho maklumlah dah musim duyan kan..

kali ni cara lain pulak untuk makan duyan ni.. iaitu pulut duyan..ekceli aku kureng sikit makan macam ni sebab aku bajet orang orang tua macam emak ayah aku je suka makan makanan pelik macam ni..

tapi gak bila cuba sesuap.. alahai cedap pulak..tambah pulak dengan suasana tepi laut tuuu..dengan angin sepoi sepoi yang indah berbahasa..


tu pulutnya..diletak sekali ngan duyan.. cara makannya sama je macam makan nasi.. korang anggap duyan tu makan ikan je..atau nak sedap lagi anggap ayam masak merah..



pahtu letak kuahnya ni banyak banyak macam makan singgang.. fuhhh~ best jugak rupanya resepi orang orang tua ni..muehehe..

nak pose pun tak lama dah ni.. tinggal lebih kurang 5hari je lagi nak masuk bulan Ramadhan..syukur Alhamdulillah..kita masih lagi diberi peluang untuk merasa nikmat nikmat pose.. terasa gatal tangan nak berpantun je..hohohoh

Senyum menawan si jantung hati,
Berjalan santai di pagi hari
Mari kawan bersihkan hati,
Sambut Ramadhan bulan yang suci

waaa.. kopi susu je pantun tu.. bukan hak milik sendiri..muehehehe
pendek kata selamat berpuasa lah semuanya.. 

thank you 4 reading

Friday 15 July 2011

cara lain untuk makan durian

Assalamualaikum..

waaaaa.......sedapnya bau duyan..

time time musim duyan ni kan memang meriah dengan gelagat penjual... antara yang aku tau port jual duyan yang dekat ngan pasar payang, kuala terengganu..tapi mungkin sekarang ni isi tak menjadi mana lagi..

saje nak share kat sini.. cara untuk makan duyan selain makan macam tu saje atau buat tempoyak atau lempok atau lempang atau apa pun jer lah...

caranya makan dengan nasi..ngee..

pahtu letak sikit gula nak kasi manis manis sikit dan sikit air panas..kalu air sejuk tak best tau..pastu letak duyan 4-5ulas.. nak letak banyak pun takpe jugak..ikut selera masing masing..pahtu dah boleh makan dah.. gaul nasi tu dengan duyan pahtu ngappp!


bagi sape sape yang baru nak cuba tu anda digalakkan untuk mencuba dalam kuantiti yang sikit.. sebab takut muak atau tak sesuai dengan selera anda anda sume..kan membazir pulak kan kan kan..

ni contoh pic dalam uncle google... try lah ek... 

dapatkan info berkenaan v-zone anda di sini..

thank you for reading

Sunday 10 July 2011

mencari rejeki di Hazlan Bistro

Assalamualaikum...

selera kami kali ni di hazlan futsal bistro berdekatan dengan rumah aku ni je.. perjalanan dalam 7-10min setengah je lebih kurang..kalu merempit tak payah pakai helmet pun takpe.. tapi untuk kes berjaga jaga adalah lebih baik pakai..ngeee..


yang ni selera aku nama nya ciken dengan thai sos.. sedapppp.. ianya macam ciken chop jugak just sos thai tu je lain nya... sesiapa yang suka pedas boleh lah try..meriah weii dalam pinggan tu..ada roti, fries 2-3ketul,ada redbean, ada coslow sume.. memang rejeki btol perut aku petang ni..


selera en laling dengan lamb grilled dengan black pepper sos..sedap jugak..tapi sos nya sikit sangat..huhu deco deco nya sama je ngan aku punya...

dengan makanan makanan ni sume macamana aku nak diet?? huh en laling sila jawab...dah berbulan bulan jog *1x seminggu jeee* tapi 10minit dah sempuk!??
memang lah mulut aku nak diet tapi en laling ni order lamb pulak.. aku ni pantang dengan daging..so terpaksa order lain..niat dihati nak cedok je dari pinggannya..

ada orang cakap makan jer lah selagi boleh makan nanti dah sakit dah tak boleh makan.. *yerp aku memang pakai istilah ni* ngeeee...

tq en laling.... <3

berminat dengan toyota vios?? toyota akan buat roadshow nanti..klik sini untuk keterangan lanjut

thank you 4 reading

Saturday 9 July 2011

mencari rejeki

Assalamualaikum...

ngeee.. entry kali ke2 untuk malam ni..

hari ni dapur rumah aku tak berasap..bukan takde beras ek tapi emak ngan ayah aku ke kenduri kawen..so si emak pun malas lah nak masak..

en laling pun dengan baik hatinya mengajak aku keluar makan.. cadangnya nak makan kat fasya jalan kamaruddin..tapi ondeway nak ke sana tu ternampak kedai baru...adeq sue ikan bakar..terus je singgah...dan ternampak hairuddin omar sipemain bola sepak terengganu tuu.. rupa rupanya adeq sue ikan bakar ni kedai nya..baru je buka 3hari lepas..

kedai ni takde masakan panas yerrr..cuma ada ikan dan sefud sefud lain untuk dibakar sebagai menu utama..laksa penang dan nasi lemak tu menu tambahan..sesimple itu je menunya tapi ramai jugak customer..


selera malam ni nasi puteh dengan shell bako..sedap jugek... nasinya wangi daun pisang je baunya...memang sedappp..aku ambik tak sampai 10keping je shell tu sebab aku sorang makannya..*shell org panggil keping ke ek?* ambik sikit tu sebabnya nak order sayur tapi takde masakan panas pulak..dah rejeki banyak tu..bersyukur jer lah..:D

selera en laling dengan laksa penang... best jugak..dengan makanan ni sume harganya murah je.. tapi segan nak cakap sebab murah sangat... hakhak tapi ni bukan cobaan tapi betul betul betul punya.. kalu tak percaya sila try sendiri tapi kalu mahal jangan claim dengan aku..
kat bangsal tu disediakan 3jenis air.. free je katanya akak tu.. haha lupa lak jenis air tu tapi salah satunya air asam boi..kedai mana yang nak bagi air free selain air kosong kan kan kan.. weeee..
lain kali boleh lah datang lagi... :D

thank you 4 reading..

marble cake

Assalamualaikum...

bangun pagi jumaat *takdelah pagi sangat kot..ngeeee* buka peti sejok...terpandang lah stok butter yang dah berkurun tu..tengok tarikh luput nya..dengan mamai dapat nampak tarikh 2012 baru tamat tempoh..

dalam kepala ligat duk mikir nak buat apa dengan butter tu??? teringat lah emak aku suka makan sejenis kek ni.. kek kek jenis lain emak aku kureng sikit..

kek marble...
resepinya simple je,
butter
gula halus
telur
esen vanilla
tepung gandum
baking powder


caranya pun simple,
1. pukul butter dengan gula halus hingga kembang dan warna ala ala putih gitu..
2. masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati
3. lepas tu masukkan tepung gandum dan baking powder yang diayak bersama, gaul hingga sebati gituu..
4. lepas sebati tu asingkan 2 @ 3 @4 bekas untuk letakkan pewarna... ikutlah nak kaler apa pun...
5. lepas tu masukkan ke dalam loyang perbakar then bakar selama 40min gitu..
6. lepas tu.. dah masak boleh lah makan..


kek ni manis sikit.. sebab aku terlebih timbang gula..muehehehe




thank you 4 reading ;)

Wednesday 6 July 2011

lepaking bersama AG

Assalamualaikum..

kat terengganu skg dah ICT tau yang macam kat key ell tuuu.... cuma tak segempak key ell punya lah..takde rusa berlampu takde buah berlampu sume..setakat pokok berkaler kaler gitu je..huhu..ICT terengganu kat pulau warisan belakang kampung cina.. tak siap sepenuhnya lagi kawasan ni tapi kalu time malam memang ramai orang lepak..bersama famili, bawa anak anak semua..

walaupun tak siap lagik tapi tempatnya memang cantik dengan cahaya lampu disepanjang pesisir air..seberang sana pulak nampak Riyaz Heritage Pulau Duyung tempat pertandingan monsoon cup..


 kusyuk berbincang untuk mendaftar AG..si alep ngan ery tu duk guna belajar guna ipad..huhu





3kerat ni je yang selalu bersama time keluar ngan AG ni.. tapi pada malam ni si yuyun pun ada tapi dah balik awal..abaikan aku yang pakai selipar jepun ituuuu.... tengok background tu mcm ict kan kan kan.. wellkkkk...

pic tak berapa cantik sebab guna kamera hp je... tapi pic selebihnya ada dalam kamera yoe..tapinya ntah berapa tahun baru nya nak upload...pendek kata..nunggu jer lah kott... ^^


dapatkan tips di sini untuk sape sape yang bakal menduduki SPM nanti... ;)

92% OFF untuk Facial Spa & Lift + Body Scrub & Body Mask + Eye Treatment + Ear Candling + Foot Treatment + Hot Towel Compress + Complimentary Herbal Drink..tolak campur sume jadi RM39.90...gila murah...nak tau detail?? klik sini

thank you 4 reading

Sunday 3 July 2011

sejarah yang tak seberapa sejarah Anakganu

Assalamualaikum

Anakganu ataupun lebih dikenali sebagai AG telah ditubuhkan pada 11 @ 16 julai 2009 * kalu sape2 tau detail sila compem balik ek* dah 2tahun dah AG..mula mula dulu AG guna website anakganu.ning..ramai lah jugak ahlinya..aku mula register AG bila zbam suruh aku masuk..masa tu baru beberapa org je ahlinya...tapi makin lama makin ramai makin ramai hingga mencecah 10 000++ ahli kot..dan orang yang mencipta anakganu.ning adalah rahman mn atau boy atau man..


memang tinggi jasa man ni sebab dengan bersusah payah dapat kumpulkan geng geng AG ni tak kira peringkat umo..ada budak budak hingusan atau budak sekolah,yang sedang belajar, yang dah kije.. ada jugak ahli AK *anakkelantan*

meriahnya bersama anakganu.ning dulu hinggakan kawan dibelakang rumah sendiri pun tak pernah kenal hinggalah bertemu dalam anakganu.ning ni..ada jugak yang tertemu jodoh..soo cute huhu...hinggakan pasangan terawal yang dirikan rumahtangga akan lahirkan anak sedara AG pertama tak lama lagi..ada yang dah bertunang, ada juga yang sedang hangat bercinta..kiranya AG ni sesuai jugak lah jadi tempat cari jodoh...soo sweet..ngeeeee

masalah antara ahli tu tetap ada bila dah ramai ahlinya ni maka banyak pesen lah peel manusia ni... tapi Alhamdulillah.. sume boleh setel dengan kecekapan dan ketangkasan pihak admin..*cewah pesen bangga diri jek*

tapi sayang seribu kali sayang..tak lama lepas tu website .ning tu dijadikan website berbayar..bayar dengan matawang USD..lepas diconvert convert hampir RM 70hinggit jugak sebulan..mak aiiii..

selepas anakganu.ning dibubarkan wujudlah pulak AnakGanu.ning via FB..ngeh ngeh..sambutan ok tapi macam sekejap je oknya..pastu macam tenggelam jer AG dalam FB ni..antara sedar tak sedar tercipta pulak anakganu (AG)..

sekarang pihak admin cuba untuk menjadikan AG ni sebagai kelab berdaftar..sume dalam proses permulaan lagi.. tujuannya hanyalah untuk menjadikan AG ni lebih berjaya dimasa akan datang..insyaAllah


dah macam karangan darjah nam je aku nengok..yang penting aku nak mention kat sini adalah AKU SAYANGKAN AG! kerana AG menemukan aku dengan en laling ;p

thank you 4 reading

Saturday 2 July 2011

hulur 30hinggit selamat 300hinggit....??

Assalamualaikum..

Rasuah Menurut Islam
Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan.
Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang yang cuba menyatakan bahawa ‘ini bukan rasuah, tapi upah'.
Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,
وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )
 
Disebutkan dalam hadith :-
لَعَنَ رسول اللَّهِ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ في الْحُكْمِ
Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" ( Riwayat  At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)
 
Takrif Rasuah dan Sogokan
1) Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain; 

2) Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;
 
3) Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
 
4) Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;
 
5) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;
 
6) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
 
7) apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu;
 
Jenis Kesalahan Rasuah
Berikut adalah beberapa bentuk kesalahan rasuah secara umum :-
Meminta/Menerima Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

Menawar/Memberi Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

Membuat Tuntutan Palsu
Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.

Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.
Bagi sesiapa yang bekerja di sektor perniagaan dan politik  terutamanya, saya kira tidak sukar untuk menemui atau mendapati salah satu antara empat kategori tadi berlaku.
Ingatlah sekali lagi beberapa penekanan Islam berikut :-

1) Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) "
Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah) 

2) Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :
"ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda :" Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)" (Al-Bukhari & Muslim )

3) Di dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengutus Abdullah bin Rawahah berangkat ke Khaibar (daerah Yahudi yang tunduk kepada kekuasaan Islam) untuk menilai hasil buah kurma di daerah itu kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memutuskan bahawa hasil bumi Khaibar dibahagi dua; separuh untuk kaum Yahudi sendiri, dan yang separuh lagi diserahkan kepada kaum Muslimin.
Ketika Abdullah bin Rawahah sedang menjalankan tugasnya, orang-orang Yahudi datang kepadanya membawa berbagai perhiasan dan berkata kepada Abdullah:
"Perhiasan ini untuk anda, ringankanlah kami dan berilah kepada kami lebih dari separuh," Abdullah menjawab, "Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kalian lakukan ini justeru membuatkan diriku lebih membenci kalian. Rasuah yang kalian tawarkan itu adalah barang haram, dan kami kaum Muslimin tidak memakannya!" Mendengar jawaban tersebut mereka (Yahudi) berkata, "Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!" [Imam Malik, Al Muwattha':1450].

4) Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :
"Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima hakim adalah kufur" [Riwayat Ahmad].
Oleh yang demikian, tidak kira samada itu adalah rasuah mahupun hadiah, kedua-duanya adalah  jelas-jelas haram di dalam Islam. Semua harta yang diperolehi dari jalan rasuah adalah haram, menyimpannya adalah haram, membelanjakannya adalah haram.
Justeru, setiap penerima, pemberi dan perantara yang terlibat di dalam keharaman ini wajib dihukum, dan hukuman ke atas mereka adalah ta'zir.
Ta'zir yang berat perlu dikenakan kepada pesalah-pesalah ini agar ia benar-benar menjadi pengajaran bagi mereka dan menjadi pencegah kepada umat Islam lainnya. Dengan tidak diterapkannya sistem uqubat Islam pada hari ini, kita menyaksikan mereka yang terlibat dengan kes rasuah masih mampu senyum dan kelihatan tenang semasa menghadapi perbicaraan di mahkamah dan langsung tidak kelihatan rasa kesal dan takut pada wajah-wajah mereka dengan kekejian yang mereka lakukan. (http://www.mykhilafah.com/)

Sektor Tahap ( 1 = terbersih , 5 = paling kotor)
Parti Politik 3.5
Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan 3.0
Bisnes & Syarikat Swasta 3.3
POLIS 3.8
Kehakiman 2.8
Media 2.4


copy susu dari sini... 

fikir fikirkan lah..dan selamat beramal ;p