Exabytes Cloud Hosting

snow effect

Saturday 31 December 2011

resepi : tiramisu berblueberry

Assalamualaikum

baru hari ni berpeluang nak buat tiramisu.. dah lama dah janji dengan seorang kawan di pejabat.. nak kata dia ngidam rasanya tak kot..ekekeke...

InsyaAllah.. kalau ada rezeki dapatlah kawan merasa Ahad nanti..

Alhamdulillah kira nye menjadi jugak lah kot kek ni setelah mengalami masalah masa baking tadi.. cemas nya aku sorang je yang rasa sebab nye aku sorang sorang je ada kat rumah tadi..habis berasap satu dapur..ngeee


selepas siap..ni haa rupanya..cun tak?



sumber/rujukan : hanamemories

untuk resepi Sponge Cake
Bahan-bahan
150g tepung gandum
150g gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovalette
80ml air
80ml minyak / mentega cair
1 sudu teh serbuk penaik

Cara-cara
1. gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dipukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan  tinggi. tapi bergantung dengan mesin masing masing..
2. perlahankan kelajuan dan masukkan air. pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga aduan kek benar2 ringan.
3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
4. panaskan oven. sediakan tin pembakar 8inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180C
5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.

untuk Tiramisu
 
Bahan-bahan
1 biji sponge kek *seperti resepi di atas* atau apa2 jenis kek
250g cream cheese
200ml whipping cream
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas dan 1sudu makan serbuk nescafe dibancuh bersama
blueberry

Cara-cara
Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
Gula, cheese dan cream dipukul sampai kembang dan gebu.
Potong kek pada 2 atau 3 bahagian.
Tuang@renjiskan bancuhan nescafe ke atas kek sehingga kek agak lembab.
Sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
letakkan lapisan blueberry
Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese dan blueberry tadi
sejukkan dulu sebelum dihidang..
 
silalah menjamu mata..ekekee


thank you for reading

Friday 30 December 2011

sesi luahan rasa... wordless +.+

Assalamualaikum..

dah lama rasa menyelam..baru sekarang rasa nak timbul balik.. timbul balik pun bukan ada cerita baru pun.. just nak luah pasal kejadian kek aku hari yang ntah menjadi ke tak..

aku tengah sedih ni.. sebab sebab... sebab kek yang tengah aku masak sekarang ni terpaksa ditukar bekas selepas masak separuh.. gara gara aku salah guna loyang yang kecik..

soalan : apasal guna loyang kecik kalau dah dah tau adunan tu banyak???
katahati ku : tak tau pulak jadi macam ni.. sebab sebelum ni pernah sekali tu aku guna loyang yang kecik jugak untuk adunan yang penuh tapi tak pulak meleleh jatuh..ngee

lagipulak ntah macamana aku boleh tak ingat yang aku ada loyang besar??
katahati ku : padan muka! selalu sangat simpan barang merata2..ngeee :D

boleh korang bayangkan tak terpaksa tukar loyang setelah kek tu masak separuh?? wahhh..sedihnya.. kalau masak kek tu pun belum tentu rupa dia cantik.. :(

sempat lagi aku cuit sikit bahagian kek yang dah masak sikit tu.. rasanya ermm boleh tahan lah..hahaha niat dihati nak buat tiramisu..tapi bila dah jadi macam ni ntah menjadi ke tak..

bila tengah sedih..sempat lagi call en laling.. dah tak de sape sape kat rumah masa ni untuk luah perasaan.. *cewahh gedik je lebih kan...* en laling cakap kalu tak menjadi, dia sanggup untuk perabiskan kek aku ni..wahhh wahhh dan wahhhhhhhhh lagi..terharu lah sangat aku bila dia cakap macam tu.. syukur lah dapat en laling yang tak kisah makan apa pun..*even kek hangit pun dia makan....* ngeeee

thats all for this time

thank you for reading

Thursday 15 December 2011

hujan mencurah curah dipagi hari

Assalamualaikum

ekceli tajuk atas tu takde kena mengena pun dengan cerita aku.. tapi betul lah setat dari 630 pagi lebih kurang hujan dah turun.. lebat jugak.. *makin tarik selimut dan tidur dengan nyaman* menyebabkan aku tak dapat pergi kerja sebab nye bonda aku sorang sorang je kat rumah.. hujan lebat macam tadi memang boleh menyebabkan rumah aku terapung =.=

aku penat, letih, lenguh dan ngantok sekarang ni lepas siang tadi kena bersihkan seluruh rumah..

dalam penat penat pun sempat lagi duk mikir mikir nak buat ermm buat kek.. kek karamel..wahhhh..disebabkan baru baru ni tak menjadi kek aku so aku sahut sekali lagi cabaran..hee dan hasilnya ermm tengok sendiri ek.. 

tadaa.... versi dalam loyang lagi.. 
rupa bila diterbalik kan..hee.. suka sangat sebab percubaan kali ke3 ni menjadi.. berbanding percubaan kali ke2 tak menjadi.. =.=

tekstur nye.. ala ala basah gitu.. en laling cakap sedap.. tapi tak tau lah just nak ambik hati aku =.=

resepi untuk kali ni 
sumber/rujukan : sawanila.com

Karamel
3 sudu besar gula…jadikan gulakan gula hangus. ratakan keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pada loyang

Bahagian atas (kastard)
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 cawan gula castor
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 4 kuning telur gred C
  • kacau sebati..kacau dengan perlahan. Jangan kasi bebuih
lapisan kek span (A)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 gula castor
  • 4 kuning telur gred C
  • 135 ml air
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/3 cawan minyak
cara nye
  • ayak tepung dgn baking powder
  • pukul telur kuning,sedikit air dan minyak hingga kembang
  • masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang
  • masukkan tepung berselang seli dengan lebihan air tadi
  • pukul hingga kembang
meringue (B)
  • 8 telur putih
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 sudu teh krim tar2
cara nye
  • pukul hingga bertanduk (bila terbalikkan bekas ianya tak tumpah)
  • campurkan A dan B..KACAU DNGN TANGAN..kaedah kaup balik
  • bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan
  • masukkan kastard dalam loyang yang berisi gula hangus tadi
  • masukkan adunan kek yng telah diwarnakan.
  • Masak kaedah double boiler…40 minit pertama guna api bawah..15min atau selebihnye guna api atas bawah hingga kek masak dengan suhu 180C
  • Bila kek dah masak biarkan sejuk dalam oven dulu
  • Bila kek dah sejuk, dengan sendirinya dia akan nampak merekah kat tepi.
  • terbalikkan bila dah betul sejuk kalau tak nanti karamel dia pecah
  • sejukkan dan hidangkan
nak buat kek ni cerewet sikit tapi sekali dah masak tu memang sangat sangat puas hati.. bahagia je rasa bila orang puji kek kita buat tu sedap.. kalau just nak ambik hati pun tak kisah..aci gitu ek? hee..

thank you for reading

Friday 9 December 2011

wordless friday or maybe saturday : sentiasa berteman

Assalamualaikum..

petang jumaat yang indah lagi nyaman




dulu selalu keluar dengan kawan kawan, sekarang sentiasa berteman dengan en laling.. ke mana mana pun tetap berteman..


thank you for reading

resepi : dorayaki makanan si doremon


Assalamualaikum..

hari ni pagi pagi buta lagi henpon duk berlagu nak suh diangkat.. tapi rasanya tak lah pagi sangat..lebih kurang pukul 7gitu.. ring ring tone lagu 'gadis dan bunga'.. dengan automatik nya otak hantar isyarat untuk suruh angkat handpon.. dengan mamai nya cakap.. tapi aku sampai waktu sekarang ni masih lagi tak ingat apa yang en laling cakap atau pesan atau bagitau atau apa apa je ayat pagi tadi..huh tak ingat sebab aku tak dengar sebenarnya..sorry ek en laling..ngee

lepas cakap tu sambung ZZzzzz balik.. tapi tak lama lepas tu terpaksa bangun jugak sebab dengar suara bonda duk berrrbelebel..ngeee

dalam kepala duk mikir mikir nak makan apa untuk bekpes.. bonda dah kuar ngan SIL gi bekpes kat luar..tinggal aku sorang sorang.. ermm godek godek resepi then terjumpa resepi dorayaki.. wahhh dah lama teringin nak buat.. tak pikir panjang terus je siap sediakan barang untuk berperang..ngee


bahan bahan nak buat nye :
1cawan penuh tepung kek/tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
2biji telur
3/4 gula
1/2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil esen vanila


cara cara nye pulak..
1. pukul telur + gula hingga kembang
2. masukkan minyak masak dan esen vanila..pukul lagi hingga sebati
3. masukkan tepung kek/tepung gandum yang telah diayak bersama baking soda..kacau dengan spatula hingga sebati
4. panaskan kuali pan dengan api perlahan dan masukkan adunan 1/4 senduk dan ratakan secara bulat bulat gitu..
5. masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. macam gambar kat bawah ni.. rupanya takde lah cantik sangat pun..ngee


untuk filling nya aku masakan coklat dengan sedikit majerin..dah yang tu je ada stok kat umah.. boleh jugak filling ngan peanut butter or nutella or jem atau apa apa je yang korang suka..

 

kebetulan anak anak ada datang tadi siang tadi.. boleh lah diaorang perabis kan dorayaki ni.. katanya si kakak sedap tapi tak tau lah kot kot kakak just nak ambik hatichik je kot.. kan kata tak sedap kan lain kali chik tak nak buat dah.. tapi kan budak budak umo 3-4 tahun mana lah pandai cakap menipu kan kan kan.. jadi ermm sedap lah kot dorayaki ni..*angkat bakul sendiri..ngeeeeeeeee* kalau nak tau sedap ke tak..sendiri cuba lah ek.. sesuai untuk bekpes atau minum petang sambil layan cerita tv..hehe


selamat mencuba and thank you for reading..

Saturday 3 December 2011

mencari rezeki di sri mayang

Assalamualaikum.....and hai hai haiiii.... :D

wahhh.. dah beberapa hari tak hujan.. sekarang ni tiba tiba guruh and hujan pulak.. sedap tidur masa hujan hujan gini.. tapi kalu esok hari cuti lagi best... boleh bangun lewat sikit.. ngeee

wahhhh.. sekarang ni bukan nak story mory pasal hujan ke guruh ke apa ke.. tapi nak bagi tahu yu olls semua petang tadi aku and en laling pergi ke sri mayang untuk mencari sesudu nasi..wahhhh...



kuey tiew tom yam..aku nye selera..best...tapi macam ada kureng sikit sebab aku tak nampak daun limau purut pun.. kaler nye pulak putih terbantut selera kejap! aku lebih suka tom yam merah *macam anjangmerah..ngeeee*

yang ni selere nye en laling nasi goreng sri mayang.. best wooo.. deko pun cantik jeee.. ada udang goreng yang rangup 5-6ekor jugak rasanya kot..ada telur dadar dihancur hancur kasar...ada timun..ada sos lada dalam timun tuuu??..wahhh en laling makan dengan berselera sekali.. *en laling memang selera kuat..ermmm*

pes time makan kat sini..kiranya tak lah kecewa sangat.. ermm sape sape nak pergi kedai ni berdekatan dengan salim aziz textiles, kat Gong Kapas, Kuala Terengganu..

promosi pree je ni..ngee

oklah..gud nite and thank you for reading..............