Exabytes Cloud Hosting

snow effect

Saturday 31 December 2011

resepi : tiramisu berblueberry

Assalamualaikum

baru hari ni berpeluang nak buat tiramisu.. dah lama dah janji dengan seorang kawan di pejabat.. nak kata dia ngidam rasanya tak kot..ekekeke...

InsyaAllah.. kalau ada rezeki dapatlah kawan merasa Ahad nanti..

Alhamdulillah kira nye menjadi jugak lah kot kek ni setelah mengalami masalah masa baking tadi.. cemas nya aku sorang je yang rasa sebab nye aku sorang sorang je ada kat rumah tadi..habis berasap satu dapur..ngeee


selepas siap..ni haa rupanya..cun tak?



sumber/rujukan : hanamemories

untuk resepi Sponge Cake
Bahan-bahan
150g tepung gandum
150g gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovalette
80ml air
80ml minyak / mentega cair
1 sudu teh serbuk penaik

Cara-cara
1. gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dipukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan  tinggi. tapi bergantung dengan mesin masing masing..
2. perlahankan kelajuan dan masukkan air. pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga aduan kek benar2 ringan.
3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
4. panaskan oven. sediakan tin pembakar 8inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180C
5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.

untuk Tiramisu
 
Bahan-bahan
1 biji sponge kek *seperti resepi di atas* atau apa2 jenis kek
250g cream cheese
200ml whipping cream
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas dan 1sudu makan serbuk nescafe dibancuh bersama
blueberry

Cara-cara
Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
Gula, cheese dan cream dipukul sampai kembang dan gebu.
Potong kek pada 2 atau 3 bahagian.
Tuang@renjiskan bancuhan nescafe ke atas kek sehingga kek agak lembab.
Sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
letakkan lapisan blueberry
Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese dan blueberry tadi
sejukkan dulu sebelum dihidang..
 
silalah menjamu mata..ekekee


thank you for reading

1 comment:

  1. sedap sgttttttttt3.....tahniah kerana berjaya menghargai bakat yg terpendam tu cyg.............<3

    ReplyDelete

orang bergosip