Exabytes Cloud Hosting

snow effect

Monday 5 March 2012

JANGAN dalam Islam

- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.


yang warna warna tu perlu diubah..haih~~

sumber : facebook :D

Saturday 3 March 2012

resepi : apam polka dot dot dot

Assalamualaikum..

cikbawang ketinggalan zaman sikit.. apam polka dot ni dah lama dah femes..tapi cikbawang baru tergerak nak mencuba..hee tak kesah lah kan asalkan boleh makan..

macam macam bentuk, rupa polka dot tu.. semua nye hasil tangan yang tak berseni adik cikbawang..



resepi nye

sumber/rujukan : jintan manis [mohon halal untuk kongsi resepi di sini]

3biji telur dari peti sejuk
275 tepung naik sendiri
100g gula
175ml santan
1 sudu kecil ovalette

*filling - ikut suka.. cikbawang guna blueberry [banyak stok blueberry..ekekekee]

cara-cara
1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. letakkan filling secukupnya
6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.



cikbawang gunakan papercup yang kecik sekali.. sekali ngap, sekali kunyah je dah abis..hee anggaran boleh dapat 50biji.. rezeki sedara sedara kecik yang datang rumah semalam.. Alhamdulillah sekejap je angkat dah abis..tak membazir langsung!

selamat mencuba!

thank you for reading..

Thursday 1 March 2012

bila hidup untuk makan

Assalamualaikum..

kali ni just nak review apa yang cikbawang makan dari pagi sampai malam..hee

pagi:

tengahari:

petang:

 malam:

 kuatkan selera cikbawang.. ni kalau dapat tahu dikawan kawan cikbawang mau nye kena pancung..konon diet lah sangat.. hee
amalkan cara hidup sihat ek.. untuk kebaikan dan masa depan yang cerah jangan ikutkan sangat apa yang dipaparkan kat sini..hikhik


thank you for reading

Wednesday 29 February 2012

waktu..

Ambillah waktu untuk berfikir kerana itu sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk berdoa kerana itu sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar kerana itu hak istimewa anugerah Tuhan.

Ambillah waktu untuk bersahabat kerana silaturahim akan berjabat erat.

Ambillah waktu untuk memberi kerana hidup terasa sangat bererti.

Ambillah waktu untuk beramal kerana itulah kunci menuju jalan Ilahi.


Sunday 26 February 2012

resepi : cupcake simple dengan filling blueberry

Assalamualaikum..

dah lama cikbawang teringin nak buat cupcake.. suka sangat tengok rupa cupcake yang orang duk design tu..macam macam bentuk rupa ada.. kiut je tengok.. mencabar..memang mencabar kot lebih lebih lagi untuk orang yang takde seni macam cikbawang..hee

tapi hari ni dah lepas hajat... dapat buat cupcake butter yang bery the simple dimple ni..

beliau tengah naik mendadak tu..

abaikan bahagian bawah tu ek.. terrrrhangus sikit sebab cikbawang silap letak dulang bakar tu kat bahagian paling bawah..


tapi yang penting bahagian ke atas selepas terrrrhangus sikit tu tetap mengancam!

dah puas bebel nah ambik resepi nye pulak..

sumber/rujukan : myresipi

bahan bahan..
100gram butter atau majerin
70gram gula
2biji telur gred sederhana
100gram tepung self rising
1/2 sudu teh esen vanila

cara cara..
1. pukul butter dengan gula hingga kembang
2. masukkan telur satu persatu
3. masukkan tepung sedikit sedikit
4. masukkan esen vanila..teruskan memukul hingga sebati
5. panaskan oven dengan suhu 180 tapi bergantung dengan oven masing masing.. susun bekas cupcake dan sudukan sedikit ke dalam bekas..dan letakkan sedikit blueberry..kemudian tutup filling blueberry dengan adunan hingga 1/2 penuh bekas cupcake tu..jangan penuh sangat nanti cupcake ni akan naik mendadak..kemudian cikbawang taburkan coklat rise..
6. kemudian bakar selama 15-20minit..

info1 : cikbawang hanya gunakan api bawah sahaja
info2 : jangan letak dulang pembakar ditempat paling bawah dan paling atas.. kan hangus macam cikbawang punye.. sib baik boleh makan..hee

untuk adunan ni boleh dapat 17cuppies kot untuk bekas yang bersize kecik.. senang kan kan kan.. tapi cikbawang tak sempat nak deko deko cuppies ni.. sebab tu tabur dan campak campak  je coklat rise atas tu.. senang kan..hee

selamat mencuba!

thank you for reading

Friday 24 February 2012

resepi : roti jala

Assalamualaikum..

hasil daripada menjala petang ni..

resepi untuk membuat nye.. very bery the simple
1cawan tepung gandum
1cawan air
sedikit garam
beberapa titik pewarna

cara caranye..
campurkan kesemua bahan then blend hingga sebati.. biarkan sekejap adunan ni sebelum dijala..

senang kan.. tapi rupa jala cikbawang ni tak berapa nak halus sebab cikbawang nye kuali pan tu kecik je.. untuk adunan ni boleh dapat hingga 10keping dan cikbawang makan bersama dengan kuah gulai ayam kampung.. hee


 selamat mencuba and thank you for reading

adam vs hawa

Assalamualaikum..

wahai kaum adam.. kalau kamu kamu kamu nak tunjuk kehebatan, kelelakian kamu tak perlu lah hingga menaikkan tangan kamu kamu kamu ke atas wanita.. cari lah orang yang sama besar macam kamu untuk beradu tenaga.. bukan dengan kaum hawa..
kamu fikir dengan menaikkan tangan kamu ke atas kaum hawa dah menunjukkan kamu adalah contoh terbaik untuk membimbing kaum hawa..? please la..please laa....... kamu ada otak, kamu dah besar panjang untuk memikir secara waras..

"Tergamakkah seseorang kamu memukul isteri sepertimana memukul seorang hamba abdi, kemudian dia memeluknya pula, tidakkah dia (suami) merasa malu". Riwayat Imam Ibnu Saad. 

kalau pun betul ada masalah antara kamu dan dia..bukan dengan cara begitu untuk menegur nye.. dengan tindakan yang keterlaluan nye...atau menuduh nye.. atau memaki hamun nye.. tidak kah kamu tahu dengan mengeluarkan kata-kata yang kesat boleh menyebabkan rasa hormat dia terhadap kamu kamu semua akan berkurangan? dah takde perasaan hormat nye lagi selain daripada perasaan takut..


Dalam surah An Nisa' ayat 34-35 Allah menerangkan :
"Dan wanita2 yang kamu bimbang penderhakaannya mereka, hendaklah kamu (sang suami) memberi mereka nasihat2, dan berpisahlah kamu dari tempat tidur mereka, kemudian pukullah mereka, maka jika mereka patuh kepada kamu, janganlah mencari jalan untuk memberatkan mereka lagi, sesungguhnya Allah adalah Maha Tinggi lagi Maha Besar.... Dan jika kamu bimbang perceraian antara kedua mereka, hendaklah kamu kirimkan orang tengah dari keluarga isteri .... Sekiranya keduanya inginkan kebaikan, nescaya Allah akan menyatukan fikiran mereka antara keduanya. Sesungguhnya Allah itu adalah Amat mengetahui lagi Amat Mengerti".

Pukulan yang ringan menandakan kasih sayang supaya memberi insaf. Pukulan itu hendaknya tidak mengeluarkan darah atau pecah,terutama sekali dikawasan muka. Pukulan dimuka adalah dilarang sama sekali. Ramai yang melakukan perbuatan yang melampaui batas ini. Bertaubatlah dan insaflah terhadap apa yang kita lakukan terhadap seseorang yang kita sayang dari mula alam perkahwinan. Pukulan yang tidak mendatangkan faedah lagi menyeksakan makhluk yang lemah ini mendatangkan haram dan murka Allah.

tengok diri sendiri..layakkah kamu untuk menjadi pemimpin? untuk menjadi nakhoda kapal? apakah kamu tidak pernah melakukan kesalahan? tak de sorang pun yang tak de melakukan kesilapan sama ada dalam sedar atau tak sedar.. sama ada perempuan atau lelaki.. semua boleh diselesaikan kalau tau cara nye..

sekiranya tak mampu.. berpisahlah dengan baik kerana Allah. Sekiranya seorang isteri itu minta Thalak kepada sang suami tanpa sebarang sebab yang di HALALkan  oleh Syarak. maka haramlah isteri tersebut mencium bau Syurga, Apatah lagi memasuki Syurga. Kalau derhaka kepada sang suami melalui kata-kata kesat, maka digunting lidahnya di dalam Neraka dan akan dituang kedalam mulutnya dari air Neraka yang mendidih.
 
semoga kita kita semua terhindar daripada sifat tercela.. insyaAllah semuanya akan selamat..

teremosi pulak.. oklah bye!
thank you for reading

Tuesday 7 February 2012

Barakallah.......................

Assalamualaikum

untuk abg long *brother in law to be* :)
04.02.2012
semoga bahagia hingga akhir hayat dan selamat menempuh alam baru..

lepas ni turn abang en laling yang satu lagi.. lepas tu majlis sambut menantu kedua dua menantu MIL to be..hehe meriah la raya tahun ni ye ummi ek... dapat 3org menantu sekali gus..macam pakej pulak..ekeke.. lepas tu baru turn enlaling dengan cikbawang.. majlis ktorg lambat sket sebab ada masalah jam dijalan raya... *LOL takde kaitan pun*

barakallah untuk semua yang telah selamat jadi somi2 untuk sang isteri..dan untuk bakal2 somi.. :D

dan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 .................................................................................... yang paling besh dapat strobery dari cameron.. enlaling belikan masa ontheway balik majlis abglong nye kat perhok sana nung.. wahhhhhh... suka sangat sangat sangat dengan bau buah ni.. lebih lebih lagi masa yang masih segar dari ladang..

sayang sangat nak makan :( just ambik bau je lah ye..


thank you reading

Sunday 5 February 2012

resepi : pai tee

Assalamualaikum..


semalam baru rasa nak buat pai tee guna acuan yang beli 2minggu lepas.. best jugak main main masak pai tee ni tapi banyak sangat adunan nye sampaikan dah naik cramp kaki tangan sume nak perabis kan adunan.. 2-3biji pertama tu memang tak menjadi langsung.. rupanya adunan cikbawang cair sangat.. terpaksa tambah tepung kasi pekat sikit..baru lah cantik sikit..

tapi untuk pes time mencuba ni.. sarang nye tu keras sikit.. mungkin sebab terlebih tepung kot..resepinye dah lupa ambik kat belog mana ntah..

resepi untuk sarang nye:
1cawan tepung gandum
1cawan tepung beras
1cawan tepung jagung
1biji telur
sedikit garam
air secukupnya

cara cara nye :
1. gaul semua bahan hingga sebati.. pastikan adunan tidak terlalu cair sebab nanti adunan tak melekat di acuan. kalu adunan cair jugak tambah tepung sikit sikit hingga adunan pekat..
2. panaskan minyak secukupnya *supaya bahagian bawah acuan tak terkena dikuali*
3. celup acuan dalam minyak panas dan celup kedalam adunan tepung *pastikan celup adunan 3/4 sahaja supaya senang untuk tanggalkan sarang nye nanti*
4. mula menggoreng dan pastikan api sederhana kecil
5. gunakan lidi untuk menolak keluar sarang yang sedang digoreng daripada acuan nye.
6. biarkan seketika hingga kekuningan..angkat dan tos

resepi untuk dalam sarang nye tu:
lobak
timun
ayam
udang
kiub ayam

cara cara nye :
1. potong lobak dan timun dengan memanjang..
2. goreng ayam dan udang hingga masak
3. masukkan kiub ayam
4. padamkan api dan masukkan lobak dan timun
5. gaul sebati dan angkat
6. boleh lah diisi ke dalam sarang nye tu..

untuk adunan ni boleh dapat hingga berpuluh puluh biji sarang nye.. kalau rasa tak larat boleh buat separuh je daripada adunan ni.. cikbawang memang tak larat nak perabiskan..
semputtt mak~

untuk pencicah nye pulak :
1. lada mesin
2. gula melaka
3. cuka
4. sedikit air asam jawa
5. 2ulas bawang putih - ditumbuk
6. sedikit garam

cara caranya :
1. masakkan semua bahan atas api kecil.
2. biarkan seketika hingga masak


*ntah macamana boleh terlupa cara cara nye pulak.. ngee dah siap publish dah tapi terpaksa edit balik :D*


ni ha rupa acuan nye.. sumber dari uncle google kalau area kuala terengganu ni boleh dapatkan atas pasar payang dengan harga 15hinggit.. :D


selamat mencuba and thank you for reading

Friday 3 February 2012

save the date!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. segala perbincangan kedua belah pihak berjalan dengan baik semalam.. fuhh~ lega bila semua dah tetapkan tarikh dan makin mudah nak siapkan persiapan nanti..

tarikh akad nikah : 08.06.2012
tarikh bersanding : 08.06.2012
tarikh bertandang : 16.06.2012

cuma tag cikbawang dah siapkan sikit dengan tarikh yang salah.. tarikh asalnye lain tapi bila bincang sama sama family semalam jadi lain pulak.. dah gunting 300keping jugak tag yang aku dah siapkan.. tapi takpelah harap lebih berkat sekiranya ada campur tangan keluarga.. majlis besar besar macam ni tak kan nak abaikan mak ayah..ye tak??

harap semua persiapan dari hari ni hingga ke majlis nanti dapat berjalan dengan baik dan sempurna.. tak mo gaduh gaduh, tarik tarik rambut ngan en laling lagi.. -.-'



thats all for this time and thank you for reading

Wednesday 25 January 2012

resepi : kek coklat ala indulgence

Assalamualaikum..

Alhamdulillah... percubaan kek coklat yang semestinya penuh dengan rasa coklat.. wahhh suka sangat..


berat 800gram +-.. filling dengan coklat ala kek coklat indulgence.. tak dapat potong kek ni sebab tempahan daripada seorang sahabat.. terima kasih dan harap tuan nye berpuas hati.. 

resepi asalnya di blog kak1 tapi telah diolah.. terima kasih tuan empunya blog sebab share resepi yang osem ni..

sumber/rujukan : blog kak1
Chocolate Chiffon
Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4 lapisan.

Filling : Mousse Coklat Hitam :
200gm chocolate masakan hitam
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
1/2 tbsp mentega
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
1 1/2 tbsp gelatin
50ml air
simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)

Cara-cara :
1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

Topping Coklat Ganache
150ml Anchor whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan hitam
1 tbsp mentega cair

cara-cara :
Masak secara double boiler, panaskan whipping cream hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek.

*** Hiasan :  Untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam.  Keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whisk hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan pipe di atas kek atau di tepinya.  Setelah siap masukkan kembali kek yang di hias dengan coklat ke dalam peti sejuk.

*** Untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border.

peminat peminat coklat boleh lah cuba resepi ni.. tapi kalu malas nak buat beli aje kat SR..hee

thank you for reading

mainan hati dan perasaan

Assalamualaikum..

budi bahasa budaya kita... hati hati bila bercakap dengan orang lain.. fikirkan perasaan orang sekeliling..mungkin kita takde niat tertentu dengan setiap kata kata yang keluar daripada mulut atau jari yang menaip di YM atau status di FB tapi ingat lah ek.. please la... please la... jaga hati dan perasaan orang.. supaya orang lain pun akan jaga hati dan perasaan kita..

sekian terima kasih.. bye

thank you for reading

Friday 20 January 2012

resepi : apam eno

Assalamualaikum...

cuaca hari ni panas..mungkin dah nak habis musim hujan..senin next week raya cina tapi tak de angin pun..orang orang cakap nak raya cina biasanya ada angin ala ala ribut..sebab nye naga nak keluar.. keluar daripada gua ke apa ke tak pasti pula.. maksud cikbawang bukan ribut ek tapi angin yang kuat sikit daripada angin biasa.. ermm naga? ada ke naga zaman sekarang ek? ntah.. tinggalkan dulu persoalan tu.. hari ni cikbawang nak share satu resepi ni..resepi yang dah biasa orang buat dah..resepi apam eno..

sebelum ni cikbawang dah buat apam yang gunakan air soda tu tapi ntah kat mana tak kena nye apam tu keras sikit kat bahagian tengah.. 3kali buat pun macam tu jugak.. tapi bonda ngan en laling cakap sedap je..lalalallaa~

dah fedap buat apam tu kan kali ni buat apam eno pulak.. memang mengancammmmm...... fuhh~


teksturnye gebu sangat sangat.. best sangat.. nak buat pun senang je..

rujukan/sumber : seleraputeri

Bahan-bahan:
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
  3/4 cawan gula
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
1 peket kecil eno

Caranya :
  • Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan gula tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap 3 atau 4 jam atau lebih
  • Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan 
  • warnakan ikut suka
  • Panaskan kukusan dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.
senang kan kan kan
 sedap dimakan dengan kelapa parut yang digaul bersama sedikit gula dan garam. :)


selamat mencuba

thank you for reading

Tuesday 17 January 2012

harta atas meja kerja..menyemak tapi tersusun.. ok tak?

Assalamualaikum..

hari ni saya dengan rajin nye telah membersihkan meja kerja saya sendiri di pejabat.. rajin tak saya? rajin kan kan kan... tukang bersih nye ada tapi kadang kadang tu kesian tengok dia buat kerja..lap cermin, sapu sampah, bersih bilik air sume.. dan disebabkan cikbawang yang comey ni telah dianugerahkan sekeping hati yang baik so cikbawang bersihkan sendiri lah meja kerja cikbawang tu.. *panjang bebenorkan ceritanya.. padahal bukan bersih sangat pun.. just lap tempat tempat yang ada ruang kosong je..*

cuba skodeng meja cikbawang..bersih kemas dan teratur lagi..wahhhh

meja kerja cikbawang kecik je..tapi kan penuh sangat dengan harta harta cikbawang..even pc kebok tikus headpon printer opis pun boleh anggap harta cikbawanglah jugak ek..yang snow white tu hadiah daripada opis untuk besday tahun 2008 kot..aku jadikan tempat simpan pen pensil sume.. ni sume kedudukan belah kanan tangan cikbawang..

untuk bahagian depan kedudukan cikbawang ada dairi idop eh bukan dairi untuk catit conteng lukis segala perkara ketika menerima arahan, bercakap ditelefon atau ketika bosan...wahh hebatkan.. :D 

ada doa dan zikir harian ust zahazan moahamed.. jugak hadiah besday daripada opis..dah lama buku ni ada atas meja cikbawang tapi tak khatam khatam jugak.. T_T*insaf*
ada sticky note.. untuk catit something yang perlu diingat..tampal je kat depan monitor supaya tak lupa esok nye.. :D
ni sebelah kiri pulak..tengok tengok.. telefon cikbawang letak sebelah kiri sebab nye cikbawang dah jadi habit angkat telefon dengan tangan kiri..huh..
yang ni balang kecik dengan isi gula gula..*gula gula dah habis cikbawang makan* pemberian tukang sapu opis sempena perkahwinan anak sedara nye..

 binatang peliharaan cikbawang ni pemberian daripada staf opis..kiut kan kan kan... background nye tu frame gambar geng geng cikbawang kat opis.. 4orang semua nye tapi dah tinggal ber3..
ada rama rama ni yang patah sayap dan cikbawang terpaksa mengawet kan dia untuk dijadikan kenang kenangan
 opss ada cincin pulak..ekekeke.. macam cincin tunang tapi bukan.. :D bekas tu sesuai sangat letak cincin..pemberian hadiah daripada staf jugak sempena perpisahan sebab dapat kerja lain..
 mug bear ni pun hadiah sempena besday jugak..hohohoooo

yang penting tiap tiap hari perlu minum air masak atau air mati atau air kosong yang banyak untuk dapatkan kulit yang cantik..lebih lebih lagi kedudukan meja kerja cikbawang ni betul betul bawah aircond..mudah rasa kering kalau kurang air..wahhhhh..

post yang ntah hape hape ni.. cuma nak tunjuk apa yang ada atas meja kerja cikbawang..takde kena mengena dengan sape sape yang tak kena mengena..meja kerja/study sedara sedari pulak macamana? ada bersih lagi teratur macam cikbawang punya?? ado? ado?

notakaki : hari ni pes time dapat tempahan tiramisu blueberry.. bimbang tak sedap T_T


thank you for reading

Friday 13 January 2012

rojak betik tapi takde resepi ek

Assalamualaikum..

rezeki cikbawang berbuka puasa ganti hari ni dengan handmade rojak betik.. tapi sory ek takde resepi nye..

resepi nye just kuah nye je tapi bukan cikbawang yang buat kuah nye tu tapi bonda cikbawang.. tak sempat lagi nak menuntut ilmu kuah nye tu.. tapi dia nye bahan bahan lain dalam tu simple je..takde guna oven, kukus, mixer sume yang macam buat kek.. tapi guna buah buah je..

 ni rupa betik yang cikbawang parut dengan gigih nye sambil meleleh leleh air liur ni..apa tak nye..balik kerja je bonda dah suruh parut betik ketika dugaan puasa tengah klimaks.. *puasa pun ada klimaks ek?*

ada jugak timun.. kira nye ni simple je..cikbawang guna buah buah yang sedia ada je.. biasa kat kedai ada nanas, taugeh tapi takde pulak orang letak buah jambu..



 sila lah menjamu mata.. kuah nye tu sedap jugak makan dengan keropok keping kalau orang ganu panggil..



thank you for reading