Exabytes Cloud Hosting

snow effect

Monday 27 June 2011

batuk + selesema

Assalamualaikum..

sekarang ini, di waktu ini, di saat ini...aku aku aku achoummmmmm..*sambil kesat hingus meleleh keluar* hohooo... tapi hingus aku belum sampai tahap jadi kaler hijau..ngeh ngeh..

batuk pun boleh tahan peritnya hingga mampu menegangkan urat urat perut...
bila dah jadi macam ni..speed otak pun slow..dan setiap pergerakan menjadi lembab..idom menjadi semakin kembang kerana duk sok sek sok sek... bibir pulak menjadi kering kerana kehilangan air dengan cepat dalam badan..bery bery tak suka..

selera makan pulak tak berapa nak berselera.. terutama nasi.. tapi best kalu pekena sup time time cam gini dan beberapa jenis pemakanan untuk membantu mengubati batuk dan selesema...
 
SUP AYAM
Hidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh.
 
MAKANAN PEDAS
Bawang putih, lada hitam/putih atau sos pedas boleh membantu melancarkan hidung yang tersumbat.
 
BAWANG PUTIH :D
Di akui boleh mengurangkan tanda-tanda selsema dan batuk. tambahkan bawang putih dalam makanan kegemaran kamu atau kunyahkan seulas dua bawang putih mentah
 
AIR
Minum banyak air masak dan jus buah-buahan. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.
 
BUAH-BUAHAN SITRUS
Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai kandungan bitamin c yang tinggi, sekiranya kamu merokok, kamu memerlukan lebih vitamin C kerana merokok meningkatkan serangan selsema dan batuk.

SUMBER VITAMIN C
Selain buah-buahan sitrus, kamu juga disarankan untuk menambah pengambilan kentang, lada hijau, strawberi dan nanas dalam menu makanan harian sebagai salah satu usaha mencegah selsema dan batuk

HALIA
Air rebusan hali bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk mengubati selsema dan batuk.
 
 
mencegah lebih baik daripada mengubati..nampak gayanya aku kena cabut econ setokol atas kepala aku ni untuk mencegah dan mengelak daripada terkena pulak selepas ni.. ;p
 
 
nota.kaki: thanks to en laling kerana datang malam malam untuk hantar strepsils dan woods

Saturday 25 June 2011

maharaja lawak 2011

berakhir suda selepas 12minggu bertarung untuk merebut gelaran maharaja lawak..tapi tapi tapi aku sikit kecewa :( huhu sebabnya jozan tak juara..huwaaaa :((

tapi sepah memang best semalam.. sebelum sebelum ni pun best jugak.. lawak tak boleh blahh..hahahaa.. even tengok berkali kali dalam youtube pun still boleh gelak sorang sorang.. :D



meriah gila kat kedai abang damak semalam aka kedai abang kepada bespren aku iaitu si farah kiut tuu..macam tengok final bola FA je..huhuhuu.. tengok tuuu sampai hujung sana pun penuh meja dengan customer..

yu memang the best lah abang damak.. sebab langgang astro warna kat kedai..sebab kat rumah aku takde astro warna..sob sob... T_T

berminat dengan SamsungGalaxyS2 yang terbaru? sila ke sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut ;)....

thank you 4 reading

Friday 24 June 2011

mengapakah kaum ladies takut dengan gemok?

ngeee...

gemok..satu perkataan yang bisa membuatkan kaum ladies menjadi tekanan emosi..
kenapa kenapa kenapa takut dengan gemok?

hina sangat ke gemok tu?

kadang kadang orang boleh jadi sensitif bila disebut gemok..

org gemok tak comey ke? comey laaaa... kiut...

situasi pertama : orang yang dah dilahirkan gemok yang mungkin disebabkan keturunan ke apa meraka tak mintak untuk jadi macam tu..dan aku rasa orang gemok ni lebih baik hati daripada mereka meraka mereka yang terperasan cantik.. kenapa? cantik sgt ke? kat mana cantiknya tu? tang mekap? tang baju yang terdedah? tang bulu mata pelesu? huh..

situasi kedua : orang yang mudah merasakan ianya gemok..padahal takde lah gemok sangat pun..keadaan mcm ni boleh buat orang/teman/kawan/bf buhsan..yerlah.. dah setiap masa  tanya orang/teman/kawan/bf nya tu.. eh! gemok tak aku pakai baju ni? ko nampak aku besar tak pakai mcm ni.. corak macam ni ok tak dengan aku? tu situasi dengan kawan..
kalu dengan bf pulak..sayang.. ai taknak lah makan ini itu.. nanti i gemok..dah tak cantik.. sayang..kita minum jer lah ek..ai tgh diet ni.. sayang.. tak jadi lah kita detim hari ni ek..ai rasa malu lah nak keluar..rasa macam dah gemok *sambil nangis nangis T_T*

apa pun keadaan kita, rupa kita..tapi itu lah kita.. lakukan lah yang terbaik untuk diri kita.. kalu merasakan diri kita gemok dan tak mahu dihina dicaci.. so ladies mulakan hari anda dengan sihat.. ambik pemakanan yang sihat, hidup secara sihat macam jogging 2kali seminggu atau jalan jalan kat taman dengan pakaian sukan..jalan jalan keliling rumah.. atau cuba berbakti dengan tanah tanah yang penuh dengan lalang lalang kat kawasan rumah kita tu..tanam pokok lada ke tanam pokok bunga ke..ada jugak hasilnya..tak kesah lah buat apa pun asalkan berpeluh.. kesannya mungkin lambat tapi itu lebih baik daripada kita mengambil ubat ubat kurus yang mungkin ada kesannya atas tubuh badan kita.. lagi pulak jimat duit.. daripada berhabis duit gaji untuk beli produk produk pelangsingan badan yang belum tentu sesuai dan berkesan dengan tubuh badan kita..

kau takpe lah..dah tubuh kau cantik..slim tak payah diet..makan banyak mana pun tapi still maintain..
ermm memang patut berbangga sebab boleh makan apa saja, bila bila masa saja waloupun pukul3-4pagi tapi macamana pulak dengan pengambilan makanan dia?sihat ke? tambah pulak minum ais pagi pagi buta, tiap tiap hari... so?? *sambil garu kepala yang tak gatal*

untuk menjadi yang terbaik bukan dengan memiliki yang terbaik tetapi berbuat yang terbaik dengan apa yang kita miliki..

berminat dengan SamsungGalaxyS2 yang terbaru? sila ke sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut ;)....

thank you 4 reading

Wednesday 22 June 2011

resepi : puding isi tauhu

Assalamualaikum..

dah lama dah buat puding ni..puding isi tauhu.. tapi resepinya tak guna tauhu pun.. selalu buat puding ni sebab senang je caranya dan sedap.. resepi asal dah lupa copy kat mana..mungkin kat resepi.com kot..antara tempat biasa aku lepak untuk mencari ilham masak masak..tp tak pernah pandai masak pun ;p


Bahan-bahan ( ramai yg boleh makan )

  • 1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan)
  • 1 1/2 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
  • Untuk kuahnya:
  • 1 tin laici - laici tu di siat2kan (aku tukar dengan nata dee coco)
  • 2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
  • 8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
  • 3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

Cara-cara

  1. Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (termasuk air laici) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..
  2. Untuk membuat tauhunya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
  3. Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
  5. Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya. 
  6. Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk kedalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
thank you 4 reading

Monday 20 June 2011

resepi : sandwich sardin+tuna

Assalamualaikum..

hari ni aku dan rakan opis dekna dikenakan menyediakan sandwich untuk minum petang di opis..sempena apa?

ermm sbbnya opis aku mmg ada menyediakan makan pagi dan minum petang untuk staf setiap hari.. thankz to my bos ;)

kiranya save lah bajet untuk makan kan kan kan..

lepas je berbelanja di mydin mall waktu lunch ktorg terus balik opis untuk menyediakan menu istimewa kami ituu.. kenapa istimewa?? sbb sbb sbb menu sandwich je terpaksa disediakan dengan air tangan staf sendiri.. yer lah kalu nak beli kat kedai rasanya mahal lah sikit kot..lari bajet..huhuhu

misi pertama adalah bahan bahan :
sardin
tuna
tomato - hiris kecik kecik
limau nipis - nak perah untuk hilangkan bau hanyir sardin tuh
lada beso - hiris halus halus
mayo thousand island - boleh je guna mayo biasa

salad kampong- boleh letak sehelai sehelai atau hiris halus halus
timun - pastinya kena hiris nipis nipis ;p
roti gardenia - of cos


misi kedua cara caranya : rasanya semua org dah tahu kot..
campak campak je semua bahan tu kecuali salad, timun dan roti..


and make sure buang air sardinnya dulu sbbnya nanti takut tercair pulak..


lepas tu susunlah cantik cantik dan potong ikut kreativiti atau tak nak potong pun takpe..

siap~ simple je kan.. tak perlu masak..
tapi ada sesetengah orang tak boleh makan sardin kalu tak masak..mungkin rasa pun lain lah sikit kot..



bila seorang staf terpaksa menutup kepalanya..tak mau dikenali kerana didapati makan sandwich berlebihan..sedap katanya.. ngeee


thank you for reading

Sunday 19 June 2011

persiapan raya..huh!? raya???

'raya??
lambat lagi lah...'

'kau dah abes ganti pose ke belum dah cakap hal raya..'

ok.. ekceli sekarang ni bukan satu tempoh masa yang lama dah terutama bagi kaum ladies.. sbbnya tukang jahit baju pun dah taknak ambik tempahan lagi dah.. melainkan awal awal lagi korang dah book dengan tukang jahit nak hantar lima enam ploh pasang atau beberapa pasang..

hee.. aku suka bila buat persiapan awal awal sebabnya taknak gopoh gopoh bila last minit esok esok.. nanti takdelah tukang jahit tu pulak jahit dengan sambil lewa je kain kain kita tu..tempah kebaya last last jadi jubah.. huh melalak lah korang..huhu

tema kaler aku tahun ni maroon dengan family and oren dengan en laling.. oren? owh my mr laling.. r u ok with oren? ;p


whatever.. yang penting baju baju aku dah siap sumenya.. hikhik


thank you 4 reading

Friday 17 June 2011

tambah koleksi shawl

Assalamualaikum..
 
haaa.. dah terbeli lagi 2helai shawl.. *terbeli ke?*huh!

kenapa sy suka pakai shawl?? *mcm ayat nak buat karangan je..*huhu... tak dinafikan aku kadang terikut ikut jugak dengan trend skg ni.. ala ala hana tajima lah, yuna lah..tapi aku tak lah berkeyakinan tinggi sgt sgt untuk cuba mcm mcm gaya diorg yang stylo myloo tuu..

skg ni aku tengok jualan shawl ni makin menjadi jadi.. ada yang jarang, ada yang tebal..kalu boleh aku cuba elak terbeli *terrrr lagi* yang jenis jarang tu sbb bimbang ternampak tengkok ke apa..tp tp tp kalu yang jenis korang pakai inner neck tu ok jer kot..erm


lagi pulak shawl ni murah je.. boleh dapatkan dengan harga 10hinggit.. tu pun dah cukup lawa dah bagi aku..huhu

mcm mcm gaya kalu dengan shawl ni..

 nice & simple.. pic dari uncle google

 ada berani nak pakai mcm ni? tp cantik.. pic dari uncle google

 si cantik manis.. pakai mcmana pun tetap cantik.. pic dari uncle google

 pic dari uncle google jugek..

diorg diorg ni bukannya nak pakai shawl yang rege 10hinggit mcm aku ni.. dah namanya artis..heee..

kita ikut je cara retis retis ni ikat ke lilit ke shawl tu..harga murah takpe janji kekal cantik..hohoho *gedik*

thanks 4 reading..

Thursday 16 June 2011

gerhana bulan

Assalamualaikum

fenomena gerhana bulan penuh berlaku di angkasaraya Malaysia pada 16/6/2011 di antara jam 1.00 – 7.00 am. Pada waktu itu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada di dalam keadaan selari.
(Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah)
mungkin masih ramai yang keliru kot *termasuk aku* Kalau siang hari gerhana bulan ke gerhana matahari? dalam bahasa yang mudah untuk faham *kalu tak faham jugek pandai pandai lah reka ayat sendiri pulak* :D Kalau sebut GERHANA BULAN, kita akan kehilangan cahaya bulan untuk beberapa ketika (tengah elok-elok bulan penuh, tup tup hilang, thats GERHANA BULAN). Kalau GERHANA MATAHARI, kita di bumi akan kehilangan cahaya matahari untuk seketika. Sedang bawa kereta laju-laju  pada tengah hari terik, tetiba gelap gelita kena pasang lampu kereta, thats GERHANA MATAHARI.
Merujuk kepada wikipedia, maksud kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu’nya atau keseluruhannya. Manakala Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu’ atau pun keseluruhannya.
“Jakim menyeru semua masjid dan surau mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mengadakan solat sunat khusuf serta khutbah gerhana. “Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku,” katanya melalui satu kenyataan, di sini, semalam. Cawangan Falak, Jakim menjangkakan fenomena gerhana itu akan bermula pada jam 1.25 pagi Khamis dan mencapai tahap kemuncak pada jam 4.12 pagi, sebelum berakhir pada jam 6.59 pagi.
Othman berkata, pihak Jakim melalui Cawangan Falak dan masjid utama membabitkan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra, Putrajaya akan menganjurkan solat sunat khusuf pada jam 3 pagi.
Menurutnya, Masjid Putra dipilih sebagai lokasi utama majlis solat sunat berkenaan, termasuk mengadakan aktiviti cerapan.

Dengan galakan yang diberikan oleh pihak JAKIM untuk menunaikan ibadah sunat muakad ini, penulis ingin mengimbas kembali cara-cara solat sunat gerhana. Bagi yang tak tahu macam penulis, sila ingat supaya dapat menyampaikan kepada orang lain.

Cara-cara
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain.  Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat.  Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

Pelaksanaan
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara : Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; manakala gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan dikuatkan suara seperti mana-mana solat malam.
  1. Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.
  2. Cara Kedua : Disebut dengan “ ?????? ???? ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.
  3. Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.
  4. Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.
Waktu
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.
Aturan
  1. Disunatkan mandi sebelum solat.
  2. Berdiri lurus mengadap kiblat.
  3. Berniat mengerjakan solat gerhana
  4. Lafaz niat untuk gerhana bulan
  5. gerhana bulan
    Lafaz niat untuk gerhana matahari
    gerhana matahari
  6. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
  7. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
  8. Baca al-Fatihah dan Surah.
  9. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
  10. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
  11. Baca al-Fatihah dan Surah.
  12. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
  13. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
  14. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
  15. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti khutbah Hari Raya).

Ingatan
  1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
  2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad binAbdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
  3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan ( ?? ) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring ( ????).
[Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_sunat_gerhana, http://jheatweb.terengganu.gov.my/maxc2020/appshare/widget/pb_img/37/PanduanGerhanaBulan.pdf]

* ni bukan penulisan aku.. artikel asalnya di sini*

Wednesday 15 June 2011

im a new blogger ^__^


ekceli dah lama dalam kepala nak ada blog sendiri

and now baru gatal gatal tangan n jari jari ni sume ^__^

*sila abaikan selipar jepun ituuu*

dan blog ni masih dalam usaha mencantikkan lagi.. hohoho

thats it
with <3

Grab ur seat at #RiceETC . Thy r serving Malaysian, Western, Chinese & European dishes. #MilkADeal

Grab ur seat at #RiceETC . Thy r serving Malaysian, Western, Chinese & European dishes. #MilkADeal

permulaan


Dengan Nama Allah Yang Maha Permurah Lagi Maha Penyayang