Exabytes Cloud Hosting

snow effect

Thursday 16 June 2011

gerhana bulan

Assalamualaikum

fenomena gerhana bulan penuh berlaku di angkasaraya Malaysia pada 16/6/2011 di antara jam 1.00 – 7.00 am. Pada waktu itu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada di dalam keadaan selari.
(Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah)
mungkin masih ramai yang keliru kot *termasuk aku* Kalau siang hari gerhana bulan ke gerhana matahari? dalam bahasa yang mudah untuk faham *kalu tak faham jugek pandai pandai lah reka ayat sendiri pulak* :D Kalau sebut GERHANA BULAN, kita akan kehilangan cahaya bulan untuk beberapa ketika (tengah elok-elok bulan penuh, tup tup hilang, thats GERHANA BULAN). Kalau GERHANA MATAHARI, kita di bumi akan kehilangan cahaya matahari untuk seketika. Sedang bawa kereta laju-laju  pada tengah hari terik, tetiba gelap gelita kena pasang lampu kereta, thats GERHANA MATAHARI.
Merujuk kepada wikipedia, maksud kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu’nya atau keseluruhannya. Manakala Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu’ atau pun keseluruhannya.
“Jakim menyeru semua masjid dan surau mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mengadakan solat sunat khusuf serta khutbah gerhana. “Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku,” katanya melalui satu kenyataan, di sini, semalam. Cawangan Falak, Jakim menjangkakan fenomena gerhana itu akan bermula pada jam 1.25 pagi Khamis dan mencapai tahap kemuncak pada jam 4.12 pagi, sebelum berakhir pada jam 6.59 pagi.
Othman berkata, pihak Jakim melalui Cawangan Falak dan masjid utama membabitkan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra, Putrajaya akan menganjurkan solat sunat khusuf pada jam 3 pagi.
Menurutnya, Masjid Putra dipilih sebagai lokasi utama majlis solat sunat berkenaan, termasuk mengadakan aktiviti cerapan.

Dengan galakan yang diberikan oleh pihak JAKIM untuk menunaikan ibadah sunat muakad ini, penulis ingin mengimbas kembali cara-cara solat sunat gerhana. Bagi yang tak tahu macam penulis, sila ingat supaya dapat menyampaikan kepada orang lain.

Cara-cara
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain.  Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat.  Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

Pelaksanaan
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara : Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; manakala gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan dikuatkan suara seperti mana-mana solat malam.
  1. Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.
  2. Cara Kedua : Disebut dengan “ ?????? ???? ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.
  3. Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.
  4. Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.
Waktu
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.
Aturan
  1. Disunatkan mandi sebelum solat.
  2. Berdiri lurus mengadap kiblat.
  3. Berniat mengerjakan solat gerhana
  4. Lafaz niat untuk gerhana bulan
  5. gerhana bulan
    Lafaz niat untuk gerhana matahari
    gerhana matahari
  6. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
  7. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
  8. Baca al-Fatihah dan Surah.
  9. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
  10. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
  11. Baca al-Fatihah dan Surah.
  12. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
  13. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
  14. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
  15. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti khutbah Hari Raya).

Ingatan
  1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
  2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad binAbdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
  3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan ( ?? ) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring ( ????).
[Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_sunat_gerhana, http://jheatweb.terengganu.gov.my/maxc2020/appshare/widget/pb_img/37/PanduanGerhanaBulan.pdf]

* ni bukan penulisan aku.. artikel asalnya di sini*

No comments:

Post a Comment

orang bergosip