Exabytes Cloud Hosting

snow effect

Monday 27 June 2011

batuk + selesema

Assalamualaikum..

sekarang ini, di waktu ini, di saat ini...aku aku aku achoummmmmm..*sambil kesat hingus meleleh keluar* hohooo... tapi hingus aku belum sampai tahap jadi kaler hijau..ngeh ngeh..

batuk pun boleh tahan peritnya hingga mampu menegangkan urat urat perut...
bila dah jadi macam ni..speed otak pun slow..dan setiap pergerakan menjadi lembab..idom menjadi semakin kembang kerana duk sok sek sok sek... bibir pulak menjadi kering kerana kehilangan air dengan cepat dalam badan..bery bery tak suka..

selera makan pulak tak berapa nak berselera.. terutama nasi.. tapi best kalu pekena sup time time cam gini dan beberapa jenis pemakanan untuk membantu mengubati batuk dan selesema...
 
SUP AYAM
Hidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh.
 
MAKANAN PEDAS
Bawang putih, lada hitam/putih atau sos pedas boleh membantu melancarkan hidung yang tersumbat.
 
BAWANG PUTIH :D
Di akui boleh mengurangkan tanda-tanda selsema dan batuk. tambahkan bawang putih dalam makanan kegemaran kamu atau kunyahkan seulas dua bawang putih mentah
 
AIR
Minum banyak air masak dan jus buah-buahan. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.
 
BUAH-BUAHAN SITRUS
Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai kandungan bitamin c yang tinggi, sekiranya kamu merokok, kamu memerlukan lebih vitamin C kerana merokok meningkatkan serangan selsema dan batuk.

SUMBER VITAMIN C
Selain buah-buahan sitrus, kamu juga disarankan untuk menambah pengambilan kentang, lada hijau, strawberi dan nanas dalam menu makanan harian sebagai salah satu usaha mencegah selsema dan batuk

HALIA
Air rebusan hali bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk mengubati selsema dan batuk.
 
 
mencegah lebih baik daripada mengubati..nampak gayanya aku kena cabut econ setokol atas kepala aku ni untuk mencegah dan mengelak daripada terkena pulak selepas ni.. ;p
 
 
nota.kaki: thanks to en laling kerana datang malam malam untuk hantar strepsils dan woods

2 comments:

orang bergosip