Exabytes Cloud Hosting

snow effect

Tuesday 29 November 2011

resepi : kek marble


Assalamualaikum..
memalam buta sabtu baru baru ni aku tiba tiba rasa gatal tangan.. sebab penyebab utama nye ialah aku nak cuba mesin mixer yang baru beli petang tu..ngeee..

dengan bahan yang terhad... aku mencari cari dengan sengaja mencari resepi kek yang perlu menggunakan mixer..*bahasa BM yang tunggang langgang..arap paham sendiri yeeeee*

then aku terjumpa resepi kek marble dalam myresipi.com.. tempat biasa aku lepak..ngeee.. resepi asalnya di sini.. tapi selepas diejas sikit sikit.. then jadilah macam ni..


bukan banyak pun aku ejas.. just kurangkan gula je pun.. ;p

ni antara cara aku buat :-

untuk 5/6 orang makan (loyang size 20c)

  • 3 bj telur gred AA
  • 250g butter
  • 3/4 gula castor
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan baking powder
  • 2 sudu makan susu pekat
  • sedikit esen vanilla
  • pewarna ikut suka

Cara-cara

  1. pukul majerin bersama gula halus hingga kembang
  2. masukkan telur satu persatu pukul lg hinggga kembang
  3. masukkan esen vanilla dan susu, kacau rata
  4. masukkan tepung yg sudah diayak bersama baking powder,
  5. sediakan 3 bekas utk dibgh kpd 3 warna ( ikut suka warna apa)
  6. panaskan oven selama 10 min sementara itu sapukan loyang dgn majerin dan alaskan kertas minyak
  7. masukkan adunan mengikut warna satu persatu cth: merah diatasnya masukkan warna hijau, masukkan pula warna kuning hingga habis adunan
  8. bakar di dalam oven dgn suhu 180C' selama 40-50 minit.-saya guna api bwh-bergantung kepada oven masing masing
  9. biarkan seketika
  10. bila dah sejuk sikit..potong sikit untuk diambil gambar untuk dimasukkan dalam blog dan fb..
  11. dah boleh makan....sedaapppppp

ramai orang puji sedap ni.. rasanya tak nyesal sesape nak cuba buat.. tapi pastikan anda mempunyai mixer sekiranya anda tidak mempunyai kudrat yang cukup..pesanan daripada penaja..ngeee
selamat mencuba...

thank you for reading ;)

Saturday 26 November 2011

1 Muharram 1433

Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah

:)

macam mana dengan amalan amalan kita tahun lepas? cukup ke?

kalau belum cukup.. perbanyakkan lah ye..sementara Allah masih beri kita peluang di tahun baru ni..sementara diberi kekuatan dan kesihatan kepada kita..


ni sy nak share doa akhir tahun..rasanya dah ramai orang tahu kot..tapi tak tau lah amal ke tak.. *mcm sy *_*

Doa Akhir Tahun
Bacalah doa ini tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, boleh dilakukan sesudah asar atau sebelum maghrib pada tanggal 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan keampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal soleh tersebut diterima oleh Allah Swt.

Doa Akhir Tahun
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu ‘ala sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma maa ‘amiltu fi haadzihis-sanati mimmaa nahaitani ‘anhu falam atub minhu wa lam tardhahu wa lam tansahu wa halamta ‘alayya ba’da qudratika ‘alaa uquubati wa da’autani ilattaubati minhu ba’da jur’ati alaa ma’siyatika fa inni astaghfiruka fagfirlii wa maa ‘amiltu fiihaa mimma tardhaahu wa wa’adtani ‘alaihits-tsawaaba fas’alukallahumma yaa kariimu yaa dzal-jalaali wal ikram an tataqabbalahuu minni wa laa taqtha’ rajaai minka yaa karim, wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadin Nabiyyil ummiyyi wa ‘alaa ‘aalihii wa sahbihii wa sallam
Ertinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan seksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Kerena itu Ya Allah, saya mohon keampunan-Mu dan berilah keampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau redhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah. Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

Doa Awal Tahun
Bacalah doa ini tiga kali saat kita memasuki tanggal 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai Mu’min memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.
 
Doa Awal Tahun
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa ‘aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwalu, wa ‘alaa fadhlikal-’azhimi wujuudikal-mu’awwali, wa haadza ‘aamun jadidun qad aqbala ilaina nas’alukal ‘ishmata fiihi minasy-syaithaani wa auliyaa’ihi wa junuudihi wal’auna ‘alaa haadzihin-nafsil-ammaarati bis-suu’i wal-isytighaala bimaa yuqarribuni
ilaika zulfa yaa dzal-jalaali wal-ikram yaa arhamar-raahimin, wa sallallaahu ‘alaa sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa ‘alaa ‘aalihi wa shahbihii wa sallam
Ertinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tenteranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.

lepas ni jadikanlah baca doa akhir dan awal tahun ni sebagai satu amalan ek.. peringatan untuk diri sy juga.. bukan selalu pun kan.. sekali je setahun kan kan kan.. tak rugi pun.. ngeee


mode : tengah tunggu kek marble masak.. saje je masak malam malam buta ni..rasa nak test mesin mixer baru beli tadi.. teruja pulak.. maklumlah baru pes time dapat guna mesin ni..jakun kan kan kan.. =.=' whateverrrr~


thank you for reading

Tuesday 22 November 2011

resepi : puding isi tahu

Assalamualaikum..

atas permintaan sedara baru baru ini.. dan seperti yang dijanjikan *even terlewat sket nak update* ni lah dia resepi 

puding isi tahu...


1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan) *lebih kurang 18 gram
1 1/2 liter air
1 cawan santan pekat
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
2 helai daun pandan - disimpulkan

Untuk kuahnya:
1 tin laici - laici tu di siat2kan (boleh juga guna fruit koktel)
2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

cara2:
Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (kecuali laici atau fruit koktel) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..

Untuk membuat pudingnya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
 
Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
 
Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
 
Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
 
Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
 
Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan hidangkan bersama laici atau fruit koktel.
 
sumber asal di sini..


sangat sangat best bila makan ketika sejuk.. terasa diri sedang terbang terawan awan tinggi...hee

tak payah nak melaluk panjang panjang..mata dah ngantok.. so boleh lah dicuba puding ni.. ;)

selamat mencuba and thank you for reading

gud nite olls ;)

Thursday 10 November 2011

resepi : kek karamel

Assalamualaikum..

haaa.. tau ini apa?

ini namanya kek karamel..panas lagi ni masa ni baru je keluar dari oven.. aku buat kek ni masa malam hari raya aidiladha ahad baru baru ni..masa lepas je masak tu bukan main lagi kek ni naik mendadak.. dah macam bukit aku tengok nye... bila dah sejuk sikit yer dah menurun sikit.. tapi takpe.. tu antara proses nye kek ni..ngee.. pestime buat ni.. Alhamdulillah.. selepas bonda rasa..bonda cakap ok..wahhh kembang rasanya hidong ni..hee

aku jenis yang tak sabar sabar nak tengok lapisan bawah nye ni.. terus je keluarkan daripada loyang nye tu tengah suam suam panas lagi..sebab tu comot sikit tu.. tapi dalam kes ni rupa tak penting derrr... yang penting rasa nye mau terangkat abesss..hehe..


ni antara tekstur nye.. nak buat kek ni tak perlu guna mesin mixer pun.. just pukul dengan gunakan kudrat 4tulang ni je..tapi lapisan karamel tu macam nipis sikit kan..tapi rasanya best..

untuk resepi kek ni untuk dicuba.. resepi dicedok daripada di sini..


Kek Karamel :-

saiz 7x7

bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

* saya tambah satu sudu besar kastard di sini.

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...


*masak menggunakan api bawah sahaja. Loyang tak perlu digriskan terlebih dahulu.

*Kek ini akan menjadi sedikit mendap bila terkena udara luar, tapi jangan risau. Ia still menjadi. Untuk elakkan ia mendap secara tiba-tiba, jangan dikeluarkan dari oven serta-merta. Biarkan kek berada di dalam oven, sementara pintu oven dibuka sedikit.

kalu ada yang tak suka manis..boleh kurang kan gula yang bahagian 'D'..bagi aku karamel atasnye tu dah manis dah..

kalau ada yang tak faham..boleh tanya..


selamat mencuba and thank you for reading :)

Friday 4 November 2011

kebahagian hari ini dengan dot dot dot

Assalamualaikum..

wah wah wahhh.. bahagia je rasa hari ni.. nak tau kenapa? ishhh malu pulak nak cakap.. bukannya apa..tiba tiba je dapat 2hadiah.. walaupun kecik tapi tetap bermakna..

aku suka sangat kalau ada orang bagi hadiah..hahaha..aku tak kisah hadiah yang macam mana..murah ke mahal ke.. dah orang nak bagi tak kan nak demand demand pulak kannn...macam yang aku dapat hari ni..sila menjamu mata dan sila jangan jeles..ngeeee

hadiah yang pertama..cenderamata from korea.. wah wah wahhh.. tau tak apa kebende nye tu?? haa tu namanya fridge magnet..ngee..

nipis mcm kertas 250gram je.. pemberian dari seorang sahabat tempat kerja yang pergi bercuti cuti makan angin kat sana.. best kan? ntah bila rejeki aku pulak nak sampai sana.. =.='

hadiah kedua shawl..pemberian seorang sahabat di zaman muda muda dulu.. zaman sekolah menengah.. tapi sayang nya tak sempat jumpa dia..dia just kirim dengan kawan..

tapi apa pun aku tetap happy..korang memang the best la.. kawan yang baik hati dan comey.. *bodek ni sebab lain kali sila lah bagi lagi ek..haha*

oklah hingus dah meleleh ni sebab terharu..sob sob sobb... terima kasih sahabat sahabat..pemberian mu amat amat amat aku hargai.. T_T.. dah tak boleh nak menaip..air mata dah bergenang..sambung lagi dilain hari ek..ngeee

thank you for reading.. gud nite ;)

Wednesday 2 November 2011

persiapan awal

Tadaaa.... Assalamualaikum.. dan selamat pagi

entry kali ke 2 tapi berlainan tarikh.. bijak tak? bijak tak? sila kata bijak..ngee.. macam terlebih rajin pulak malam ni..owh..whateverrrrr....

sekarang ni mode Raya Haji dah.. tapi sekarang ni bukan nak bercerita pasal persiapan raya haji tapi tapi tapi tentang persiapan ........................................................................................................................................................................................................................ untuk big big big day aku nanti..


tengok tengok.... betapa suka nya aku untuk raikan hari bahagia nanti..awal awal lagi aku dah siap kan ermm nota? bukan kot.. buku scrap? yer kot.. buku scrap..ngeee.. lebih kepada check list je sebenarnya.. tujuan nya supaya nanti untuk apa apa perkara yang berkaitan dengan persiapan aku just catit jer dulu..bukan nya apa..aku ni jenis pelupa, cuai..setakat pikir dalam kepala je kompem esok nya dah tak ingat.. jadi bila ada buku ni senang sikit.. di mana jua aku berada akan sentiasa ada bersama buku ni..buku ni kecik je supaya senang untuk sumbat dalam bag..hohohooo..bijak tak? bijak kan..kan..kan....

abaikan design aku yang tak berapa berseni ni ek.. design ke, corak ke, jenis kertas ke semua tu tak penting, yang penting hati mau ikhlas.. *takde kaitan langsung*
 *
*
owh..dah hujan...masa untuk tidur ni..best best...

sambung episod lain pulak nanti yer... nite.....

thank you for reading

Tuesday 1 November 2011

1.11.2011

Assalamualaikum..

selamat datang November..

tup tup tup.. dah nak akhir tahun.. sedar tak sedar umur dah makin meningkat..

sedar sedar dah nak kawin..opsss

mode sekarang ni bukan nak berceloteh sangat pun..saje je.. nak mengabdikan kenangan dengan tarikh hari ni..cewahhh..ayat tak boleh blahhh.. bukan tarikh kawin pun..enjek je lebih..padahal kenangan dengan adanya post pada tarikh ni je..ngee

ramai rakyat jelata cakap cantik tarikh ni.. ermm cantik jugak lah bagi aku.. tarikh 20.11.2011 pun cantik jugak kan kan kan..

opsss dah nak pukul 12 dah..kena stop dulu lah.. lain kali sambung cerita balik..

k.. gud nite..

thank you for reading