Exabytes Cloud Hosting

snow effect

Tuesday 29 November 2011

resepi : kek marble


Assalamualaikum..
memalam buta sabtu baru baru ni aku tiba tiba rasa gatal tangan.. sebab penyebab utama nye ialah aku nak cuba mesin mixer yang baru beli petang tu..ngeee..

dengan bahan yang terhad... aku mencari cari dengan sengaja mencari resepi kek yang perlu menggunakan mixer..*bahasa BM yang tunggang langgang..arap paham sendiri yeeeee*

then aku terjumpa resepi kek marble dalam myresipi.com.. tempat biasa aku lepak..ngeee.. resepi asalnya di sini.. tapi selepas diejas sikit sikit.. then jadilah macam ni..


bukan banyak pun aku ejas.. just kurangkan gula je pun.. ;p

ni antara cara aku buat :-

untuk 5/6 orang makan (loyang size 20c)

  • 3 bj telur gred AA
  • 250g butter
  • 3/4 gula castor
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan baking powder
  • 2 sudu makan susu pekat
  • sedikit esen vanilla
  • pewarna ikut suka

Cara-cara

  1. pukul majerin bersama gula halus hingga kembang
  2. masukkan telur satu persatu pukul lg hinggga kembang
  3. masukkan esen vanilla dan susu, kacau rata
  4. masukkan tepung yg sudah diayak bersama baking powder,
  5. sediakan 3 bekas utk dibgh kpd 3 warna ( ikut suka warna apa)
  6. panaskan oven selama 10 min sementara itu sapukan loyang dgn majerin dan alaskan kertas minyak
  7. masukkan adunan mengikut warna satu persatu cth: merah diatasnya masukkan warna hijau, masukkan pula warna kuning hingga habis adunan
  8. bakar di dalam oven dgn suhu 180C' selama 40-50 minit.-saya guna api bwh-bergantung kepada oven masing masing
  9. biarkan seketika
  10. bila dah sejuk sikit..potong sikit untuk diambil gambar untuk dimasukkan dalam blog dan fb..
  11. dah boleh makan....sedaapppppp

ramai orang puji sedap ni.. rasanya tak nyesal sesape nak cuba buat.. tapi pastikan anda mempunyai mixer sekiranya anda tidak mempunyai kudrat yang cukup..pesanan daripada penaja..ngeee
selamat mencuba...

thank you for reading ;)

1 comment:

orang bergosip