Exabytes Cloud Hosting

snow effect

Tuesday 22 November 2011

resepi : puding isi tahu

Assalamualaikum..

atas permintaan sedara baru baru ini.. dan seperti yang dijanjikan *even terlewat sket nak update* ni lah dia resepi 

puding isi tahu...


1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan) *lebih kurang 18 gram
1 1/2 liter air
1 cawan santan pekat
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
2 helai daun pandan - disimpulkan

Untuk kuahnya:
1 tin laici - laici tu di siat2kan (boleh juga guna fruit koktel)
2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

cara2:
Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (kecuali laici atau fruit koktel) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..

Untuk membuat pudingnya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
 
Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
 
Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
 
Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
 
Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
 
Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan hidangkan bersama laici atau fruit koktel.
 
sumber asal di sini..


sangat sangat best bila makan ketika sejuk.. terasa diri sedang terbang terawan awan tinggi...hee

tak payah nak melaluk panjang panjang..mata dah ngantok.. so boleh lah dicuba puding ni.. ;)

selamat mencuba and thank you for reading

gud nite olls ;)

No comments:

Post a Comment

orang bergosip