Exabytes Cloud Hosting

snow effect

Wednesday 29 February 2012

waktu..

Ambillah waktu untuk berfikir kerana itu sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk berdoa kerana itu sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar kerana itu hak istimewa anugerah Tuhan.

Ambillah waktu untuk bersahabat kerana silaturahim akan berjabat erat.

Ambillah waktu untuk memberi kerana hidup terasa sangat bererti.

Ambillah waktu untuk beramal kerana itulah kunci menuju jalan Ilahi.


Sunday 26 February 2012

resepi : cupcake simple dengan filling blueberry

Assalamualaikum..

dah lama cikbawang teringin nak buat cupcake.. suka sangat tengok rupa cupcake yang orang duk design tu..macam macam bentuk rupa ada.. kiut je tengok.. mencabar..memang mencabar kot lebih lebih lagi untuk orang yang takde seni macam cikbawang..hee

tapi hari ni dah lepas hajat... dapat buat cupcake butter yang bery the simple dimple ni..

beliau tengah naik mendadak tu..

abaikan bahagian bawah tu ek.. terrrrhangus sikit sebab cikbawang silap letak dulang bakar tu kat bahagian paling bawah..


tapi yang penting bahagian ke atas selepas terrrrhangus sikit tu tetap mengancam!

dah puas bebel nah ambik resepi nye pulak..

sumber/rujukan : myresipi

bahan bahan..
100gram butter atau majerin
70gram gula
2biji telur gred sederhana
100gram tepung self rising
1/2 sudu teh esen vanila

cara cara..
1. pukul butter dengan gula hingga kembang
2. masukkan telur satu persatu
3. masukkan tepung sedikit sedikit
4. masukkan esen vanila..teruskan memukul hingga sebati
5. panaskan oven dengan suhu 180 tapi bergantung dengan oven masing masing.. susun bekas cupcake dan sudukan sedikit ke dalam bekas..dan letakkan sedikit blueberry..kemudian tutup filling blueberry dengan adunan hingga 1/2 penuh bekas cupcake tu..jangan penuh sangat nanti cupcake ni akan naik mendadak..kemudian cikbawang taburkan coklat rise..
6. kemudian bakar selama 15-20minit..

info1 : cikbawang hanya gunakan api bawah sahaja
info2 : jangan letak dulang pembakar ditempat paling bawah dan paling atas.. kan hangus macam cikbawang punye.. sib baik boleh makan..hee

untuk adunan ni boleh dapat 17cuppies kot untuk bekas yang bersize kecik.. senang kan kan kan.. tapi cikbawang tak sempat nak deko deko cuppies ni.. sebab tu tabur dan campak campak  je coklat rise atas tu.. senang kan..hee

selamat mencuba!

thank you for reading

Friday 24 February 2012

resepi : roti jala

Assalamualaikum..

hasil daripada menjala petang ni..

resepi untuk membuat nye.. very bery the simple
1cawan tepung gandum
1cawan air
sedikit garam
beberapa titik pewarna

cara caranye..
campurkan kesemua bahan then blend hingga sebati.. biarkan sekejap adunan ni sebelum dijala..

senang kan.. tapi rupa jala cikbawang ni tak berapa nak halus sebab cikbawang nye kuali pan tu kecik je.. untuk adunan ni boleh dapat hingga 10keping dan cikbawang makan bersama dengan kuah gulai ayam kampung.. hee


 selamat mencuba and thank you for reading

adam vs hawa

Assalamualaikum..

wahai kaum adam.. kalau kamu kamu kamu nak tunjuk kehebatan, kelelakian kamu tak perlu lah hingga menaikkan tangan kamu kamu kamu ke atas wanita.. cari lah orang yang sama besar macam kamu untuk beradu tenaga.. bukan dengan kaum hawa..
kamu fikir dengan menaikkan tangan kamu ke atas kaum hawa dah menunjukkan kamu adalah contoh terbaik untuk membimbing kaum hawa..? please la..please laa....... kamu ada otak, kamu dah besar panjang untuk memikir secara waras..

"Tergamakkah seseorang kamu memukul isteri sepertimana memukul seorang hamba abdi, kemudian dia memeluknya pula, tidakkah dia (suami) merasa malu". Riwayat Imam Ibnu Saad. 

kalau pun betul ada masalah antara kamu dan dia..bukan dengan cara begitu untuk menegur nye.. dengan tindakan yang keterlaluan nye...atau menuduh nye.. atau memaki hamun nye.. tidak kah kamu tahu dengan mengeluarkan kata-kata yang kesat boleh menyebabkan rasa hormat dia terhadap kamu kamu semua akan berkurangan? dah takde perasaan hormat nye lagi selain daripada perasaan takut..


Dalam surah An Nisa' ayat 34-35 Allah menerangkan :
"Dan wanita2 yang kamu bimbang penderhakaannya mereka, hendaklah kamu (sang suami) memberi mereka nasihat2, dan berpisahlah kamu dari tempat tidur mereka, kemudian pukullah mereka, maka jika mereka patuh kepada kamu, janganlah mencari jalan untuk memberatkan mereka lagi, sesungguhnya Allah adalah Maha Tinggi lagi Maha Besar.... Dan jika kamu bimbang perceraian antara kedua mereka, hendaklah kamu kirimkan orang tengah dari keluarga isteri .... Sekiranya keduanya inginkan kebaikan, nescaya Allah akan menyatukan fikiran mereka antara keduanya. Sesungguhnya Allah itu adalah Amat mengetahui lagi Amat Mengerti".

Pukulan yang ringan menandakan kasih sayang supaya memberi insaf. Pukulan itu hendaknya tidak mengeluarkan darah atau pecah,terutama sekali dikawasan muka. Pukulan dimuka adalah dilarang sama sekali. Ramai yang melakukan perbuatan yang melampaui batas ini. Bertaubatlah dan insaflah terhadap apa yang kita lakukan terhadap seseorang yang kita sayang dari mula alam perkahwinan. Pukulan yang tidak mendatangkan faedah lagi menyeksakan makhluk yang lemah ini mendatangkan haram dan murka Allah.

tengok diri sendiri..layakkah kamu untuk menjadi pemimpin? untuk menjadi nakhoda kapal? apakah kamu tidak pernah melakukan kesalahan? tak de sorang pun yang tak de melakukan kesilapan sama ada dalam sedar atau tak sedar.. sama ada perempuan atau lelaki.. semua boleh diselesaikan kalau tau cara nye..

sekiranya tak mampu.. berpisahlah dengan baik kerana Allah. Sekiranya seorang isteri itu minta Thalak kepada sang suami tanpa sebarang sebab yang di HALALkan  oleh Syarak. maka haramlah isteri tersebut mencium bau Syurga, Apatah lagi memasuki Syurga. Kalau derhaka kepada sang suami melalui kata-kata kesat, maka digunting lidahnya di dalam Neraka dan akan dituang kedalam mulutnya dari air Neraka yang mendidih.
 
semoga kita kita semua terhindar daripada sifat tercela.. insyaAllah semuanya akan selamat..

teremosi pulak.. oklah bye!
thank you for reading

Tuesday 7 February 2012

Barakallah.......................

Assalamualaikum

untuk abg long *brother in law to be* :)
04.02.2012
semoga bahagia hingga akhir hayat dan selamat menempuh alam baru..

lepas ni turn abang en laling yang satu lagi.. lepas tu majlis sambut menantu kedua dua menantu MIL to be..hehe meriah la raya tahun ni ye ummi ek... dapat 3org menantu sekali gus..macam pakej pulak..ekeke.. lepas tu baru turn enlaling dengan cikbawang.. majlis ktorg lambat sket sebab ada masalah jam dijalan raya... *LOL takde kaitan pun*

barakallah untuk semua yang telah selamat jadi somi2 untuk sang isteri..dan untuk bakal2 somi.. :D

dan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 .................................................................................... yang paling besh dapat strobery dari cameron.. enlaling belikan masa ontheway balik majlis abglong nye kat perhok sana nung.. wahhhhhh... suka sangat sangat sangat dengan bau buah ni.. lebih lebih lagi masa yang masih segar dari ladang..

sayang sangat nak makan :( just ambik bau je lah ye..


thank you reading

Sunday 5 February 2012

resepi : pai tee

Assalamualaikum..


semalam baru rasa nak buat pai tee guna acuan yang beli 2minggu lepas.. best jugak main main masak pai tee ni tapi banyak sangat adunan nye sampaikan dah naik cramp kaki tangan sume nak perabis kan adunan.. 2-3biji pertama tu memang tak menjadi langsung.. rupanya adunan cikbawang cair sangat.. terpaksa tambah tepung kasi pekat sikit..baru lah cantik sikit..

tapi untuk pes time mencuba ni.. sarang nye tu keras sikit.. mungkin sebab terlebih tepung kot..resepinye dah lupa ambik kat belog mana ntah..

resepi untuk sarang nye:
1cawan tepung gandum
1cawan tepung beras
1cawan tepung jagung
1biji telur
sedikit garam
air secukupnya

cara cara nye :
1. gaul semua bahan hingga sebati.. pastikan adunan tidak terlalu cair sebab nanti adunan tak melekat di acuan. kalu adunan cair jugak tambah tepung sikit sikit hingga adunan pekat..
2. panaskan minyak secukupnya *supaya bahagian bawah acuan tak terkena dikuali*
3. celup acuan dalam minyak panas dan celup kedalam adunan tepung *pastikan celup adunan 3/4 sahaja supaya senang untuk tanggalkan sarang nye nanti*
4. mula menggoreng dan pastikan api sederhana kecil
5. gunakan lidi untuk menolak keluar sarang yang sedang digoreng daripada acuan nye.
6. biarkan seketika hingga kekuningan..angkat dan tos

resepi untuk dalam sarang nye tu:
lobak
timun
ayam
udang
kiub ayam

cara cara nye :
1. potong lobak dan timun dengan memanjang..
2. goreng ayam dan udang hingga masak
3. masukkan kiub ayam
4. padamkan api dan masukkan lobak dan timun
5. gaul sebati dan angkat
6. boleh lah diisi ke dalam sarang nye tu..

untuk adunan ni boleh dapat hingga berpuluh puluh biji sarang nye.. kalau rasa tak larat boleh buat separuh je daripada adunan ni.. cikbawang memang tak larat nak perabiskan..
semputtt mak~

untuk pencicah nye pulak :
1. lada mesin
2. gula melaka
3. cuka
4. sedikit air asam jawa
5. 2ulas bawang putih - ditumbuk
6. sedikit garam

cara caranya :
1. masakkan semua bahan atas api kecil.
2. biarkan seketika hingga masak


*ntah macamana boleh terlupa cara cara nye pulak.. ngee dah siap publish dah tapi terpaksa edit balik :D*


ni ha rupa acuan nye.. sumber dari uncle google kalau area kuala terengganu ni boleh dapatkan atas pasar payang dengan harga 15hinggit.. :D


selamat mencuba and thank you for reading

Friday 3 February 2012

save the date!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. segala perbincangan kedua belah pihak berjalan dengan baik semalam.. fuhh~ lega bila semua dah tetapkan tarikh dan makin mudah nak siapkan persiapan nanti..

tarikh akad nikah : 08.06.2012
tarikh bersanding : 08.06.2012
tarikh bertandang : 16.06.2012

cuma tag cikbawang dah siapkan sikit dengan tarikh yang salah.. tarikh asalnye lain tapi bila bincang sama sama family semalam jadi lain pulak.. dah gunting 300keping jugak tag yang aku dah siapkan.. tapi takpelah harap lebih berkat sekiranya ada campur tangan keluarga.. majlis besar besar macam ni tak kan nak abaikan mak ayah..ye tak??

harap semua persiapan dari hari ni hingga ke majlis nanti dapat berjalan dengan baik dan sempurna.. tak mo gaduh gaduh, tarik tarik rambut ngan en laling lagi.. -.-'



thats all for this time and thank you for reading