Exabytes Cloud Hosting

snow effect

Sunday 26 February 2012

resepi : cupcake simple dengan filling blueberry

Assalamualaikum..

dah lama cikbawang teringin nak buat cupcake.. suka sangat tengok rupa cupcake yang orang duk design tu..macam macam bentuk rupa ada.. kiut je tengok.. mencabar..memang mencabar kot lebih lebih lagi untuk orang yang takde seni macam cikbawang..hee

tapi hari ni dah lepas hajat... dapat buat cupcake butter yang bery the simple dimple ni..

beliau tengah naik mendadak tu..

abaikan bahagian bawah tu ek.. terrrrhangus sikit sebab cikbawang silap letak dulang bakar tu kat bahagian paling bawah..


tapi yang penting bahagian ke atas selepas terrrrhangus sikit tu tetap mengancam!

dah puas bebel nah ambik resepi nye pulak..

sumber/rujukan : myresipi

bahan bahan..
100gram butter atau majerin
70gram gula
2biji telur gred sederhana
100gram tepung self rising
1/2 sudu teh esen vanila

cara cara..
1. pukul butter dengan gula hingga kembang
2. masukkan telur satu persatu
3. masukkan tepung sedikit sedikit
4. masukkan esen vanila..teruskan memukul hingga sebati
5. panaskan oven dengan suhu 180 tapi bergantung dengan oven masing masing.. susun bekas cupcake dan sudukan sedikit ke dalam bekas..dan letakkan sedikit blueberry..kemudian tutup filling blueberry dengan adunan hingga 1/2 penuh bekas cupcake tu..jangan penuh sangat nanti cupcake ni akan naik mendadak..kemudian cikbawang taburkan coklat rise..
6. kemudian bakar selama 15-20minit..

info1 : cikbawang hanya gunakan api bawah sahaja
info2 : jangan letak dulang pembakar ditempat paling bawah dan paling atas.. kan hangus macam cikbawang punye.. sib baik boleh makan..hee

untuk adunan ni boleh dapat 17cuppies kot untuk bekas yang bersize kecik.. senang kan kan kan.. tapi cikbawang tak sempat nak deko deko cuppies ni.. sebab tu tabur dan campak campak  je coklat rise atas tu.. senang kan..hee

selamat mencuba!

thank you for reading

1 comment:

orang bergosip