Exabytes Cloud Hosting

snow effect

Friday 24 February 2012

adam vs hawa

Assalamualaikum..

wahai kaum adam.. kalau kamu kamu kamu nak tunjuk kehebatan, kelelakian kamu tak perlu lah hingga menaikkan tangan kamu kamu kamu ke atas wanita.. cari lah orang yang sama besar macam kamu untuk beradu tenaga.. bukan dengan kaum hawa..
kamu fikir dengan menaikkan tangan kamu ke atas kaum hawa dah menunjukkan kamu adalah contoh terbaik untuk membimbing kaum hawa..? please la..please laa....... kamu ada otak, kamu dah besar panjang untuk memikir secara waras..

"Tergamakkah seseorang kamu memukul isteri sepertimana memukul seorang hamba abdi, kemudian dia memeluknya pula, tidakkah dia (suami) merasa malu". Riwayat Imam Ibnu Saad. 

kalau pun betul ada masalah antara kamu dan dia..bukan dengan cara begitu untuk menegur nye.. dengan tindakan yang keterlaluan nye...atau menuduh nye.. atau memaki hamun nye.. tidak kah kamu tahu dengan mengeluarkan kata-kata yang kesat boleh menyebabkan rasa hormat dia terhadap kamu kamu semua akan berkurangan? dah takde perasaan hormat nye lagi selain daripada perasaan takut..


Dalam surah An Nisa' ayat 34-35 Allah menerangkan :
"Dan wanita2 yang kamu bimbang penderhakaannya mereka, hendaklah kamu (sang suami) memberi mereka nasihat2, dan berpisahlah kamu dari tempat tidur mereka, kemudian pukullah mereka, maka jika mereka patuh kepada kamu, janganlah mencari jalan untuk memberatkan mereka lagi, sesungguhnya Allah adalah Maha Tinggi lagi Maha Besar.... Dan jika kamu bimbang perceraian antara kedua mereka, hendaklah kamu kirimkan orang tengah dari keluarga isteri .... Sekiranya keduanya inginkan kebaikan, nescaya Allah akan menyatukan fikiran mereka antara keduanya. Sesungguhnya Allah itu adalah Amat mengetahui lagi Amat Mengerti".

Pukulan yang ringan menandakan kasih sayang supaya memberi insaf. Pukulan itu hendaknya tidak mengeluarkan darah atau pecah,terutama sekali dikawasan muka. Pukulan dimuka adalah dilarang sama sekali. Ramai yang melakukan perbuatan yang melampaui batas ini. Bertaubatlah dan insaflah terhadap apa yang kita lakukan terhadap seseorang yang kita sayang dari mula alam perkahwinan. Pukulan yang tidak mendatangkan faedah lagi menyeksakan makhluk yang lemah ini mendatangkan haram dan murka Allah.

tengok diri sendiri..layakkah kamu untuk menjadi pemimpin? untuk menjadi nakhoda kapal? apakah kamu tidak pernah melakukan kesalahan? tak de sorang pun yang tak de melakukan kesilapan sama ada dalam sedar atau tak sedar.. sama ada perempuan atau lelaki.. semua boleh diselesaikan kalau tau cara nye..

sekiranya tak mampu.. berpisahlah dengan baik kerana Allah. Sekiranya seorang isteri itu minta Thalak kepada sang suami tanpa sebarang sebab yang di HALALkan  oleh Syarak. maka haramlah isteri tersebut mencium bau Syurga, Apatah lagi memasuki Syurga. Kalau derhaka kepada sang suami melalui kata-kata kesat, maka digunting lidahnya di dalam Neraka dan akan dituang kedalam mulutnya dari air Neraka yang mendidih.
 
semoga kita kita semua terhindar daripada sifat tercela.. insyaAllah semuanya akan selamat..

teremosi pulak.. oklah bye!
thank you for reading

3 comments:

  1. persahabatan memerlukan kepercayaan~
    percintaan & perhubungan memerlukan persefahaman~

    #semoga kita semua tidak tergolong dlm golongan org yg rugi...insyaAllah...;)

    ReplyDelete

orang bergosip