Exabytes Cloud Hosting

snow effect

Thursday 15 December 2011

hujan mencurah curah dipagi hari

Assalamualaikum

ekceli tajuk atas tu takde kena mengena pun dengan cerita aku.. tapi betul lah setat dari 630 pagi lebih kurang hujan dah turun.. lebat jugak.. *makin tarik selimut dan tidur dengan nyaman* menyebabkan aku tak dapat pergi kerja sebab nye bonda aku sorang sorang je kat rumah.. hujan lebat macam tadi memang boleh menyebabkan rumah aku terapung =.=

aku penat, letih, lenguh dan ngantok sekarang ni lepas siang tadi kena bersihkan seluruh rumah..

dalam penat penat pun sempat lagi duk mikir mikir nak buat ermm buat kek.. kek karamel..wahhhh..disebabkan baru baru ni tak menjadi kek aku so aku sahut sekali lagi cabaran..hee dan hasilnya ermm tengok sendiri ek.. 

tadaa.... versi dalam loyang lagi.. 
rupa bila diterbalik kan..hee.. suka sangat sebab percubaan kali ke3 ni menjadi.. berbanding percubaan kali ke2 tak menjadi.. =.=

tekstur nye.. ala ala basah gitu.. en laling cakap sedap.. tapi tak tau lah just nak ambik hati aku =.=

resepi untuk kali ni 
sumber/rujukan : sawanila.com

Karamel
3 sudu besar gula…jadikan gulakan gula hangus. ratakan keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pada loyang

Bahagian atas (kastard)
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 cawan gula castor
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 4 kuning telur gred C
  • kacau sebati..kacau dengan perlahan. Jangan kasi bebuih
lapisan kek span (A)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 gula castor
  • 4 kuning telur gred C
  • 135 ml air
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/3 cawan minyak
cara nye
  • ayak tepung dgn baking powder
  • pukul telur kuning,sedikit air dan minyak hingga kembang
  • masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang
  • masukkan tepung berselang seli dengan lebihan air tadi
  • pukul hingga kembang
meringue (B)
  • 8 telur putih
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 sudu teh krim tar2
cara nye
  • pukul hingga bertanduk (bila terbalikkan bekas ianya tak tumpah)
  • campurkan A dan B..KACAU DNGN TANGAN..kaedah kaup balik
  • bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan
  • masukkan kastard dalam loyang yang berisi gula hangus tadi
  • masukkan adunan kek yng telah diwarnakan.
  • Masak kaedah double boiler…40 minit pertama guna api bawah..15min atau selebihnye guna api atas bawah hingga kek masak dengan suhu 180C
  • Bila kek dah masak biarkan sejuk dalam oven dulu
  • Bila kek dah sejuk, dengan sendirinya dia akan nampak merekah kat tepi.
  • terbalikkan bila dah betul sejuk kalau tak nanti karamel dia pecah
  • sejukkan dan hidangkan
nak buat kek ni cerewet sikit tapi sekali dah masak tu memang sangat sangat puas hati.. bahagia je rasa bila orang puji kek kita buat tu sedap.. kalau just nak ambik hati pun tak kisah..aci gitu ek? hee..

thank you for reading

1 comment:

orang bergosip