Exabytes Cloud Hosting

snow effect

Friday 30 December 2011

sesi luahan rasa... wordless +.+

Assalamualaikum..

dah lama rasa menyelam..baru sekarang rasa nak timbul balik.. timbul balik pun bukan ada cerita baru pun.. just nak luah pasal kejadian kek aku hari yang ntah menjadi ke tak..

aku tengah sedih ni.. sebab sebab... sebab kek yang tengah aku masak sekarang ni terpaksa ditukar bekas selepas masak separuh.. gara gara aku salah guna loyang yang kecik..

soalan : apasal guna loyang kecik kalau dah dah tau adunan tu banyak???
katahati ku : tak tau pulak jadi macam ni.. sebab sebelum ni pernah sekali tu aku guna loyang yang kecik jugak untuk adunan yang penuh tapi tak pulak meleleh jatuh..ngee

lagipulak ntah macamana aku boleh tak ingat yang aku ada loyang besar??
katahati ku : padan muka! selalu sangat simpan barang merata2..ngeee :D

boleh korang bayangkan tak terpaksa tukar loyang setelah kek tu masak separuh?? wahhh..sedihnya.. kalau masak kek tu pun belum tentu rupa dia cantik.. :(

sempat lagi aku cuit sikit bahagian kek yang dah masak sikit tu.. rasanya ermm boleh tahan lah..hahaha niat dihati nak buat tiramisu..tapi bila dah jadi macam ni ntah menjadi ke tak..

bila tengah sedih..sempat lagi call en laling.. dah tak de sape sape kat rumah masa ni untuk luah perasaan.. *cewahh gedik je lebih kan...* en laling cakap kalu tak menjadi, dia sanggup untuk perabiskan kek aku ni..wahhh wahhh dan wahhhhhhhhh lagi..terharu lah sangat aku bila dia cakap macam tu.. syukur lah dapat en laling yang tak kisah makan apa pun..*even kek hangit pun dia makan....* ngeeee

thats all for this time

thank you for reading

1 comment:

orang bergosip